MATA KEPALA TERANG TAPI MATA HATI BUTA – NIK AZIZ NIK MAT

Posted on 19 Jun 2011



Saya membaca muka hadapan Sinar Harian hari ini,antara ‎lain tajuknya ialah Polis Tangkap Polis. Wallahualam, ‎sekadar tangkapan belum tentu yang ditangkap bersalah. ‎Tetapi pada saya, sehebat manapun peraturan di dunia, jika ‎tidak disertai dengan keyakinan tentang syurga, neraka, ‎dosa dan pahala ia tidak berjaya menghalang manusia ‎melalukan kesalahan. Manusia perlu diyakinkan dengan ‎adanya pembalasan di akhirat kelak, inilah yang merupakan ‎pendinding daripada melakukan maksiat.‎
‎”Mata kepala kita hanya nampak benda yang ada di ‎depan. Besar, kecil, jauh, dekat boleh nampak ‎dengan mata kepala. Tetapi halal haram tidak boleh ‎nampak dengan mata kepala, ia hanya boleh nampak ‎dengan mata hati. Sebab itu ada orang yang cerah ‎mata kepala, tetapi tidak kenal halal haram kerana ‎buta mata hati…”

Ucapan di Majlis Perasmian Bangunan Baru SMU ‎‎(A) Nurul Ihsan, Kandek, Dabong pada 21 Julai ‎‎2010.‎

Advertisements
Posted in: Uncategorized