Wan Azizah Wajar Dianugerahkan “Tokoh Isteri Mithali”‎

Posted on 9 Jun 2011



SHAH ALAM, 6 April – “Secara peribadi saya ucapkan ribuan tahniah kepada Presiden PKR, ‎Datin Seri Wan Azizah yang menafikan pelakon utama dalam rakaman skandal seks libatkan ‎seorang pemimpin kanan pembangkang berkenaan bukanlah suami beliau, Datuk Seri Anwar ‎Ibrahim”, ujar Bekas Setiausaha Pemuda Keadilan Negeri Selangor, Wan Indera Putra Wan ‎Ahmad.‎
‎ ‎
Tegas beliau, ini menunjukkan Datin Seri Wan Azizah telah melaksanakan tanggungjawabnya ‎sebagai seorang isteri bahkan ibu kepada anak-anak beliau bersama pelakon yang dimaksudkan ‎itu.‎
‎“Datin Seri Wan Azizah layak di berikan tokoh “Anugerah Isteri Mithali”, namun dalam ‎perjuangan dirinya mempertahankan suami beliau dalam perkara yang menjijikkan ini, beliau ‎haruslah mengutamakan suara majoriti rakyat yang begitu kecewa, kesal dan meloyakan ini.‎
‎“Yakinlah Datin Seri Wan Azizah bahawa yang benar tetap benar, kebenaran di ambang pintu, ‎kejatuhan dan kemusnahan PKR khususnya suami beliau makin hampir, Mudah-mudahan Allah ‎membuka pintu hati Datin Seri Wan Azizah untuk menerima kelemahan suaminya itu,” ujarnya ‎dalam satu kenyataan mengulas kenyataan Datin Seri Wan Azizah bahawa lelaki yang dikaitkan ‎dalam rakaman video tersebut bukan suaminya, Anwar Ibrahim.‎
Terdahulu, keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu sidang media telah menafikan ‎dakwaan bahawa beliau adalah lelaki dalam video seks yang sebahagian daripadanya telah ‎disiarkan di internet baru-baru ini.‎
Isteri Anwar yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata video itu ‎merupakan “bukti paling jelas” bahawa suaminya bukanlah lelaki yang mengadakan hubungan ‎seks dengan seorang pelacur itu. -MediaUMNO
‎ ‎

Advertisements
Posted in: Uncategorized