JANGAN BIARKAN KAUM YANG MENUPANG BERMAHARAJALELA

Posted on 10 Mei 2011



Kementerian Dalam Negeri memandang serius pertemuan paderi dari seluruh negara yang dikatakan membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara selain melantik Perdana Menteri di kalangan penganut agama itu.
Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau turut terkejut dan sedih dengan pendedahan terbabit kerana dikhuatiri boleh mencetuskan ketegangan serta perbalahan antara kaum khususnya penganut Kristian di negara ini.
Sehubungan itu, beliau memberi jaminan untuk mendapatkan laporan lengkap mengenainya selain mengadakan pertemuan dengan pihak-pihak terbabit dalam waktu terdekat ini.
Beliau yang juga Naib Presiden UMNO turut menasihatkan pihak-pihak yang menganjurkan majlis pertemuan itu supaya jangan sekali-kali mempolitikkan sebarang isu berkaitan agama.
“Saya sedih, kerana ada pihak pembangkang yang mempolitikkan agama lain dan mahu menimbulkan kemarahan kalangan penganut kristian. Sebelum ini tak ada langsung.,’’ katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian

Advertisements
Posted in: Uncategorized