Osama mati syahid: Ulama Mesir

Posted on 5 Mei 2011



KAHERAH: Seorang ulama yang semakin mendapat sokongan di Mesir memuji Osama bin Laden dan menganggap kematiannya sebagai syahid.
Ulama salafi dari Iskandariah, Yassir al-Burhami, berkata Osama meninggal dunia secara bermaruah dan Tuhan tidak mengizinkan tokoh itu ditawan musuh.

Mengenai jenazah Osama disemadikan di laut, Yassir berkata, perbuatan itu menunjukkan bahawa AS memang tidak tahu menghormati seseorang yang hidup atau mati. – AFP

Advertisements
Posted in: Uncategorized