polis mengadakan kawalan ekoran kematian osama

Posted on 3 Mei 2011



Polis kini meningkatkan kawalan keselamatan di lokasi penting di seluruh negara sebagai langkah berjaga-jaga berikutan laporan kematian pemimpin kumpulan pengganas al-Qaeda, Osama bin Laden.
Penolong Pengarah Pengurusan (Perhubungan Awam) Bukit Aman, Asisten Supritendan Ramli Mohamed Yoosuf berkata, langkah itu bagi memastikan rakyat negara ini bebas daripada ancaman keselamatan yang mungkin timbul ekoran laporan tersebut.
“Pihak polis telah meningkatkan lagi langkah keselamatan di kawasan berkepentingan dan sensitif,” katanya di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas laporan bahawa kerajaan Amerika Syarikat (AS) kini meningkatkan kawalan dan langkah berjaga-jaga di kedutaannya di seluruh dunia berikutan kematian Osama.
Presiden AS, Barack Obama dilaporkan berkata semalam, Osama terbunuh dalam satu operasi oleh pihak keselamatan negara itu di Islamabad, Pakistan dan mayatnya kini berada di bawah kawalan mereka.

Advertisements
Posted in: Uncategorized