BELA DIRI ATAU DI JATUHKAN HUKUMAN

Posted on 29 April 2011



Ramai yang menjangkakan, Anwar akan diminta untuk membela diri di dalam kes sodomi yang bakal didengar pada 16hb Mei ini nanti. Ini bukan soal konspirasi. Ini soal bukti yang sudah lengkap dan mempunyai kes prima facie. Sudah tidak ada lubang dan kelemahan. Anwar dalam temuramah Malaysiakini; tegaskan bahawa isu teknikal akan dijadikan asas yang paling kukuh dalam menentukan samada kes tersebut akan diterima atau dibuang.

Sekarang ini, di kalangan warga guaman; ramai yang tertumpu kepada seorang ‘hos’ lama Anwar bernama Hasanuddin Abdul Hamid. Hasanuddin ini orang yang tersangat kaya. Sangat berjaya di bawah ‘patronage’ Anwar sewaktu dia di Kementerian Kewangan. Kalau Anwar selalu kata; dia tidak pernah mencuit waima seinci pun tanah; atau walau sedikit pun saham sewaktu pegang jawatan – orang itu memang tidak baca sejarah. Anwar melahirkan ramai orang seperti Hasanuddin di satu ketika. Berlambak. Semua kaya dengan jalan mudah dan pantas. Hasanuddin adalah antara yang paling makmur di bawah bantuan Anwar.

The young turks of Petronas : to my fellow task force members … Hasanuddin Abdul Hamid, Khalid Ngah, Mohd Idris Mansor, Ngau Boon Keat, Tony Lim Soo Chong, Yaacob Ismail … and the extended family of Petronas pioneers / Ismail Hashim

Bekas kakitangan PETRONAS; Hasanuddin adalah ‘KUNCI’ kepada kes liwat ini. Hasanuddin yang ada di rumah. Hasanuddin yang turun belikan karipap daging dan buatkan air. Kalau ada seorang yang amat TAHU samada Anwar menyodok Saiful atau tidak – orangnya adalah Hasanuddin.

Anwar sudah mengugut Hasanuddin dengan pelbagai ugutan. Dedahkan itu dan ini. Malah sanggup ugut nak tarik balik segala bantuan yang diberikan kepada Hasanuddin pada satu ketika. Atas alasan apa? Apakah ini yang menyebabkan Hasanuddin malas mahu tampil dan memberikan keterangan?

Azmin menjadi antara individu utama yang cuba ‘strike deal’ dengan Hasanuddin. Samada ianya berjaya atau tidak; kita tunggu tidak beberapa lama lagi…

Keterangan Hasanuddin akan menjadi ‘kunci’ kepada kes ini. Betul, DNA semua sudah ‘clear’ dan confirmed – tapi keterangan yang ada di situ pada waktu itu akan jadi lebih kukuh dan kuat.

Advertisements
Posted in: Uncategorized