tidak ada sex dalam video

Posted on 7 April 2011



Klip video kisah porn Anwar Berahim sekarang merupakan versi movie trailer, hanya sekadar iklan sebelum tayangan penuh dilakukan.

Sebab itu, seandainya terdapat laporan dari mana-mana pihak di atas kesalahan menayangkan video lucah kepada umum, ada yang akan menyoal kembali: “TANG MANA DALAM VIDEO TU YANG LUCAH. YANG AKU DAPAT TENGOK AMOI NGAN LAKI TUA DUK BERKEMBAN MERAYAU DALAM BILIK”. Begitu-lah luahan peminat porn yang telah meluangkan masa untuk menonton klip video terbabit. Jadi, memang tahap lembu la mana-mana pihak yang dah buat laporan Polis ke atas penyebaran video yang dikatakan mempunyai unsur lucah tersebut.

Tetapi, di atas semangat lawan tetap lawan geng penyokong tegar abadi Anwar Berahim ini, kini telah timbul satu pergerakan yang mahukan pihak yang bertanggungjawab menyebar klip trailer video porn Anwar Berahim untuk: dedahkan sahaja keseluruhan rakaman video porn Anwar Berahim, yang dikatakan mempunyai jangka tayangan selama 22 minit,lebih kurang.

Adakah mereka akhirnya percaya akan kebenaran? Adakah Solat Hajat Mega anjuran Pakatan Rakyat akhirnya telah menyedarkan mereka untuk percaya dan yakin, yang Anwar Berahim-lah pelakon lelaki dalam video porno tersebut?

Bukan-lah.

Lawan tetap Lawan! Kini penyokong tegar abadi Anwar Berahim telah mengemukakan cabaran untuk full disclosure of the whole-length sex video, sebab:- berpaut kepada teori lelaki dalam video itu buncit, Anwar Berahim tak buncit, maka sebab itu klip yang ada sekarang hanya tayang lelaki itu berkemban, bertuala lilit di pinggang… supaya tak dapat lihat, orang tu buncit ke tidak.

Berdebar tak hati bila baca justifikasi macam ini? Ada rasa macam takut ke, macam goyang keyakinan ke…bila baca justifikasi yang diberi?

Namun hakikatnya, taraf begini sahajalah defensive maneuver yang boleh difikirkan oleh geng penyokong tegar abadi Anwar Berahim ini.

Jom perati berapa lama pulak diorang nak berpegang pada justifikasi ini.

Advertisements
Posted in: Uncategorized