KENAPA WAN AZIZAH TAK TUNJUK JAM OMEGA YANG DIPAKAI OLEH ANWAR

Posted on 6 April 2011



Sidang media telah dilakukan oleh isteri Anwar Ibrahim iaitu Wan Azizah bersama Karpal Singh, Nurul Izzah serta Kahlid Ibrahim siang tadi sebagai respond kepada penyiaran video seks yang didakwa menunjukkan Anwar Ibrahim melakukan hubungan seks dengan seorang amoi yg boleh tahan. Apabila wartawan bertanyakan mengenai di mana jam berjenama Omega milik Anwar Ibrahim yang didakwa hilang di dalam sebuah bilik hotel, soalan itu menimbulkan rasa tidak puas hati Wan Azizah, keluarga dan beberapa pemimpin yang hadir dalam sidang media itu. Nak tahu kenapa Azizah tak nak tunjuk jam tu?

Sila maklum bahawa jawapan kepada persoalan di atas yang bakal anda ketahui selepas ini telah di deduce kan atau dijelaskan oleh seorang kanak-kanak yang masih belum baligh. Sekian harap maklum.

Kerana pihak Anwar Ibrahim adalah tidak bodoh. Hal ini demikian kerana, pihak Anwar Ibrahim sudah boleh membaca taktik fabricating evidence yang bakal dilakukan oleh musuh mereka. Taktik fabricating evidence ini hanya boleh dilakukan apabila model dan bentuk fizikal jam berjenama Omega itu dikenalpasti oleh musuh mereka. Maka, keengganan Wan Azizah untuk menunjukkan jam tersebut adalah kerana tidak mahu musuh Anwar akan dapat mengenalpasti akan model jam tersebut dan fabricate a proof seperti resit pembelian atau apa sekali pun yang mampu menunjukkan wujudnya pembelian jam tersebut yang bertarikh setelah tarikh pendedahan yg dilakukan Datuk T beberapa minggu lepas.

Tak paham? Ini ada satu contoh.

Apabila Wan Azizah tunjuk jam berkenaan pada wartawan maka musuh Anwar akan tahu apakah model jam berkenaan, dengan itu mereka akan senang-senang membuat satu resit pembelian jam yang sama model dengan yang dimiliki Anwar dan resit berkenaan akan menunjukkan tarikh pembelian yang semestinya bertarikh selepas tarikh pendedahan yang dilakukan Datuk T. Maka resit ini akan mampu menyangkal kenyataan Wan Azizah yang mengaku bahawa jam tersebut didalam simpananya dan tidak hilang.

Kemudianya, Wan Azizah akan pula dituduh membeli jam yang sama model seperti jam yang dilaporkan hilang setelah jam itu dilaporkan hilang dan Datuk T pula akan tiba-tiba mengadakan sidang media untuk menunjukkan jam Omega yg berada dlm simpanan mereka yg pada mulanya didakwa hilang dalam bilik hotel berkenaan. Jam yang bakal ditunjukkan oleh Datuk T berkenaan sudah pasti seiras dan sama seperti yang ditunjukkan Wan Azizah. Maka musuh Anwar bukan sahaja mampu menunjukkan jam yang sama bahkan dapat menunjukkan resit yang bakal menyangkal kenyataan Wan Azizah.

Kesimpulanya, ada sebab kenapa Wan Azizah tidak mahu menunjukkan jam Omega tersebut kepada pihak media. Kalau tak paham lagi kenapa, baca la banyak-banyak kali alasanya di atas. Budak-budak belum baligh pun boleh pikir semua benda ni. Apa lah nak jadi dengan Malaysia ni. Takkan nanti budak 10tahun dibenarkan bertanding pilihanraya pulak.

Advertisements
Posted in: Uncategorized