ALLAH TIDAK MENGALAKKAN BERSUMPAH, TAPI BERTAUBAT ADALAH AMAT DITUNTUT OLEH ALLAH

Posted on 4 April 2011



SHAH ALAM – Anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Izzah dan ibunya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak sekali-kali akan bersumpah laknat meskipun polis sudah sahkan video seks yang didakwa membabitkan pemimpin PKR itu tulen.

Nurul Izzah berkata, beliau sudah menyatakan pendirian yang jelas mengenai perkara itu menerusi berita yang disiarkan sebuah portal dan mungkin orang yang mendesaknya berbuat demikian tidak mengikuti perkembangan dirinya dan keluarga, sebaliknya mahu terus menabur fitnah.

“Perkara ini tak timbul lagi. Siapa kata saya berdiam? Saya sudah buat kenyataan. Orang itu yang mungkin tak ikut perkembangan,” katanya ketika diminta mengulas desakan Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Farahana Jamaluddin supaya dua beranak itu bersumpah bagi membuktikan mereka ‘bersih’ dan tidak bersubahat dengan Anwar.

“Tidak perlu saya dan ibu bersumpah kerana ikut hukum Islam, tuduhan zina mesti bersaksi dan usaha mengaibkan sesama Islam sangat dikecam, ” katanya.

Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Naib Presiden PKR berkata, beliau dan keluarga sentiasa berpegang kepada hakikat Allah Maha Mengetahui dan Maha Pembela, lebih-lebih lagi bagi mereka yang teraniaya.

“Apa yang terbaik untuk kami lakukan adalah bersabar, bertenang dan berdoa serta tumpukan pada perjuangan. Kami tidak akan melayan tindakan sembarangan,” katanya.

Dalam kenyataan disiarkan 1 April lalu, Farahana berkata, Dr Wan Azizah dan Nurul Izzah perlu bersihkan diri daripada persepsi mereka bersubahat bagi menutup kebenaran dalam isu video seks demi kepentingan politik.

“Kegagalan bersumpah memberi gambaran mereka cuba menyelamatkan Anwar,” katanya.

Ditanya perasaannya menghadapi situasi ini, Nurul Izzah berkata: “Anak mana tidak sedih dengan perkara itu (dakwaan video lucah).”

:Anak sulung daripada enam beradik itu berkata. mereka sekeluarga akan terus cari kekuatan dengan berdoa melawan tuduhan itu.

“Keberanian kami sudah memadai dan sumpah laknat tidak diperlukan,” tegasnya.

Jumaat lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar �sahkan rakaman video aksi seks yang dikatakan melibatkan pemimpin pembangkang itu adalah tulen.

Pengesahan itu dibuat pakar profesional yang dilantik polis minggu lalu dan hasil siasatannya akan diserahkan kepada Peguam Negara dalam masa terdekat.

Advertisements
Posted in: Uncategorized