Video seks: PAS mesti jalankan penyiasatan terperinci.

Posted on 22 Mac 2011



Pas sebagai parti terbesar dalam pakatan rakyat PR haruslah jalankan penyiasatan terperinci dalam sesuatu kes yang membabitkan PR bukannya menafikan dengan membuta tuli apa yang berlaku.
Satu rakaman video aksi seks yang didakwa dilakukan oleh seorang pemimpin tinggi pembangkang menggegarkan politk negara hari ini.

Spekulasi bahawa lelaki terbabit ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim segera tersebar ekoran pendedahan itu.

Rakaman yang dipertontonkan kepada wartawan di sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur itu terus meletakkan Pakatan Rakyat terutama Parti Keadilan Rakyat dalam keadaan defensif.

Pemimpin-pemimpin PKR dalam kenyataan masing-masing di media sosial segera menolak keaslian video itu, mendakwa rakaman itu palsu dan diubah suai.

Pengarah komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad dilaporkan berkata video itu diubah suai, menimbulkan persoalan sama ada beliau sudah menonton video itu sebelum mengeluarkan kenyataan tegas itu.

Pemimpin-pemimpin lain PR termasuk Ahli Parlimen PAS Khalid Samad turut membuat kenyataan menafikan lelaki dalam video tersebut ialah Anwar, walaupun tidak jelas sama ada mereka sudah menonton rakaman video itu.

Media yang melaporkan tentang rakaman itu juga tidak menyebut Anwar sebagai individu yang terlibat dalam aksi seks yang dirakam itu.
Walau bagaimanapun, seorang penulis blog, Kickdefella mendakwa Anwar ialah individu dalam video itu, dan mendesak PAS menimbangkan semula hubungan dengan tokoh pembangkang itu.

Pihak terbabit mendedahkan rakaman itu mendakwa hanya sekumpulan wartawan dijemput khas yang dipertontonkan video itu.

Ummi Hafilda, yang dihubungi portal berita mynewshub.my mengaitkan pendedahan itu sebagai menyokong apa yang dibawa selama ini terhadap Anwar.

“Saya tak tahu video klip apa yang dimaksudkan tetapi jika benar, saya harap masyarakat akan sedar apa yang saya katakan selama ini bukannya fitnah, tetapi kenyataan,” katanya seperti dilapor laman itu.

Kemunculan rakaman video itu menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak dan Pilihan Raya Umum ke-13 tidak lama lagi mengaitkannya dengan motif dan perancangan politik.

Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubarkan hari ini untuk membolehkan pilihan raya negeri diadakan.

Advertisements
Posted in: Uncategorized