84 TERBUNUH PROTES DI TRIPOLI

Posted on 20 Februari 2011



TRIPOLI – Sekurang-kurangnya 84 penunjuk perasaan terbunuh dan ratusan lagi cedera dalam tempoh tiga hari protes antikerajaan di Libya, menurut pertubuhan Human Rights Watch (HRW), semalam.

Selain itu, pertembungan antara puak antikerajaan dan penyokong setia kerajaan Libya turut memburukkan lagi keadaan.

Protes prodemokrasi tercetus di Libya selepas kejayaan revolusi di Tunisia dan Mesir bagi menuntut pengunduran pemimpin Libya, Muammar Gaddafi yang mentadbir negara itu sejak 1969.

Selain laporan penggunaan kekerasan ke atas penunjuk perasaan, perkhidmatan internet juga dihentikan, kelmarin, bagi menghalang perusuh antikerajaan menganjur dan mengadakan protes, sama seperti yang berlaku di Mesir, bulan lalu.

Kerajaan Libya sebelum itu menegaskan akan mematahkan sebarang percubaan mencabar Gaddafi selepas protes bertukar menjadi ganas.

Advertisements
Posted in: Uncategorized