JANGAN FIKIR HAL KETUHANAN, TAPI AMALKAN SUNAH RASULULLAH

Posted on 18 Februari 2011



PANTAI CAHAYA BULAN (PCB) – Menteri Besar Kelantan Mursyidul Am Pas Dato’ Nik Aziz Nik Mat menyeru rakyatnya di negeri ini dan seluruh umat Islam supaya Jangan memikirkan apa yang di luar pemikiran manusia. Kalau kita memikirkan yang di luar jangkauan manusia, manusia akan menjadi sesat.Beliau berkata demikian ketika berkhutbah di masjid Mukim Kedai Buluh Kota Bharu tengah hari tadi.
Kalau manusia memikirkan bagaimana nikmatnya syurga dan bagaimana azabnya seksa neraka kita tidak akan sampai ke mana kerana sesuatu yang ghaib itu Allah tidak suruh kita fikirkan,cukuplah sekadar keterangannya di dalam Al-quran.
Apa yang kita perlu hayati dan perlu fikirkan adalah perjuangan Nabi Muhammad SAW dengan segala seksanya menggalas suruhan Allah untuk membawa Agama Islam kepada kita manusia dimuka bumi ini.
Tegas Tok guru lagi, jikalau nabi SAW sanggup menempuh segala dugaan Allah untuk membawa agama Islam bagi kebahagian kita. mengapakah kita sebagai umatnya tidak sanggup mengamalkan apa yang di tinggalkan oleh baginda.
Ikutlah apa yang disuruh oleh Baginda Rasullullah SAW baik di dalam pemerentahan,pentadbiran,ekonomi dan sebagainya kerana di dalam Al-quran sudah cukup segalanya.Tetapi walau Allah menyediakan undang-undang serta peraturan yang secukupnya di dalam Al-quran masih ada manusia yang mmencipta peraturannya sendiri.
Akibat ciptaan undang-undang sendiri itulah manusia jadi kucar kacir dan pecah belah.

Advertisements
Tagged:
Posted in: Uncategorized