MINYAK MASAK TIADA, SEBAB NAK NAIK HARGA

Posted on 4 Januari 2011



Sikap tamak para peniaga yang mengurangkan bekalan minyak masak dengan cara menghadkan pengeluaran, menyimpan atau menyembunyikan stok amat mendukacita rakyat.
Langkah ini memang jelas sebagai satu taktik untuk mereka mendesak kenaikan harga dipasaran. Minyak masak adalah keperluan hari, mereka pun guna, kita pun guna.
Peniaga yang tamak ini harus memikirkan masa depan perniagaan mereka. Minyak masak bukanlah seperti minyak petrol yang mana kita tiada pilihan kerana sumbernya terhad.
Minyak masak dihasilkan mengunakan sumber tumbuhan bukannya digali dari dalam tanah. Malah alternatif minyak masak selain sawit juga berlambak dalam pasaran seperti minyak jagung, minyak bunga matahari, minyak zaitun dan sebagainya.
Jika peniaga minyak di Malaysia cuba mendesak kenaikan harga, ini akhirnya akan membawa kepada peimportan lebih banyak minyak dari luar negara yang mana harganya suatu hari nanti akan menjadi lebih kompetatif dan lebih menyihatkan.
Pilihan ditangan peniaga. Janganlah melampau sangat sampai rakyat naik menyampah. Minyak petrol yang terhad itu pun, kalau naik sikit rakyat dah sakit hati. Inikan pula minyak masak yang bukan sahaja diperolehi dari tumbuhan tapi boleh di kitar semula untuk digunakan semula. Yang penting peniaga kena jujur. Mereka nak naikan harga minyak masak tapi dalam masa yang sama adakah mereka naikan gaji pekerja mereka?
Bagaimana dengan orang yang tak bekerja dengan mereka, lagilah mereka tak peduli. Bagi mereka, yang penting untung….

Advertisements
Posted in: Uncategorized