LAFAZ CERAI DITOLAK

Posted on 6 Disember 2010



KOTA BHARU – Cik Puan Elia Suhana Ahmad, 31, kekal sebagai isteri kedua bekas Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra selepas Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam menolak permohonan pengesahan lafaz cerai talak tiga oleh Sultan Ismail terhadap isterinya itu yang difailkan oleh plaintif, Datin Nik Rorhana Wan Abdul Rahman, 60.

Hakim Abdullah Man yang membuat keputusan itu berkata, mahkamah mendapati plaintif gagal mengemukakan saksi yang mencukupi mendengar lafaz cerai itu selain tiada saksi lain ketika beliau sendiri menghadap Sultan Ismail Petra di Istana Mahkota, Kubang Kerian pada 30 Oktober lalu.

“Mahkamah telah membuat keputusan berdasarkan kepada tiga perkara. Pertama, sama ada pihak ketiga boleh memohon bagi pengesahan lafaz cerai, yang keduanya apakah plaintif mempunyai saksi yang mencukupi dan ketiga apakah yang berlaku di istana antara saya (selaku hakim) dan Sultan boleh diterima di mahkamah.

“Berdasarkan perkara itu, mahkamah menolak permohonan plaintif bagi memohon pengesahan lafaz cerai ini dan plaintif boleh membuat rayuan berhubung keputusan ini dalam tempoh 14 hari,” kata Abdullah sewaktu membacakan penghakimannya.

Pada prosiding semalam, Nik Rorhana hadir manakala defendan yang merupakan isteri kedua, Elia Suhana, 31, tidak hadir atas sebab tidak sihat

Sultan Ismail ketika berkawin dengan Cik puan Elia Suhana pada 2007

Advertisements
Posted in: Uncategorized