Rakyat ditindas dengan kenaikan harga barangan keperluan

Posted on 4 Disember 2010



Jangan samakan harga minyak dengan Negara jiran seperti Singapore , Thailand dan Indonisia sahaja, kenapakah tidak disamakan dengan Negara Brunai yang minyaknya jauh lebih murah kalau hendak dibandingkan dengan Malaysia.
Kenaikan harga petrol RON95, diesel, gas petroleum cecair (LPG) dan gula adalah bukti jelas kerajaan BN zalim kepada rakyat marhaen.
Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus berkata, rakyat marhaen paling terkesan dengan kenaikan itu kerana mereka adalah majoriti pengguna petrol RON95.
Sambil menyifatkan kenaikan mengejut itu sebagai ‘gila’, beliau mengharapkan rakyat menolak Umno BN yang secara terang terangan tidak mengutamakan rakyat terbanyak.
“Harap pengguna RON95 mesti tolak BN.
“BN zalimi rakyat marhaen, tak peduli kesusahan rakyat,” katanya yang juga Pengarah Pilihan raya Dewan Pemuda PAS Pusat.
Beliau mengulas kenaikan petrol RON95, sebanyak 5 sen menjadikan RM1.90 seliter, diesel naik 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram.
Harga gula pula naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.
Kerajaan terus memberi alasan sama terhadap kenaikan itu dengan mendakwa ianya bagi menyelaraskan subsidi.
Semua harga baru itu berkuatkuasa pada jam 12.01 pagi esok.
Dua hari lalu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter.
Kenaikan itu berikutan perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu.
Mengulas lanjut, Firdaus berkata, ketidakprihatinan BN kepada nasib rakyat bukan lagi dongeng semata-mata.
Ianya terbukti, apabila rakyat terus dibebankan sedangkan Perdana Menteri semalam mengumumkan akan meneruskan cadangan membina Menara Warisan 100 tingkat yang tiada manfaat secara langsung kepada rakyat.
“Kalau betul ikhlas, batalkan sahaja niat nak buat menara 100 tingkat, guna duit tu tampung beban rakyat.
“Saya tengok rakyat hanya diguna untuk pilihan raya sahaja,” katanya lagi.
Lebih malang, kenaikan itu berlaku diwaktu rakyat sedang terbeban dengan persiapan persekolahan sesi akan datang.
Kesan kenaikkan itu juga jelasnya, memberi alasan kepada peniaga barangan menaikkan harga barang mereka dan menyebabkan pengguna sekali lagi terbeban.
“Saya hairan, kenapa menteri tak umum di parlimen, sedangkan parlimen tempat bincang masalah rakyat,” soalnya.
Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat turun beramai-ramai pada himpunan membantah kenaikan harga air oleh Syabas di Masjid Negara, Ahad ini.
Biarpun himpunan itu bagi membantah tindakan Syabas menaikkan tarif air Selangor, kesempatan itu juga jelasnya wajar diguna untuk menyatakan bantahan terhadap kenaikan harga barangan keperluan tersebut.

Advertisements
Posted in: Uncategorized