Semua mangsa bot karam di P.Tenggol selamat

Posted on 8 November 2010



Semua mangsa bot karam di Pulau Tenggol selamat

KEMAMAN (Terengganu): Kesemua 16 mangsa yang dikhuatiri hilang dalam kejadian bot karam di Pulau Tenggol dekat sini petang kelmarin ditemui selamat dalam keadaan terapung kira-kira 12 batu nautika dari pulau berkenaan menghala ke Kuantan pagi semalam.

Ketua Pasukan Gerakan Marin Wilayah Timur, Penolong Pesuruhjaya Polis Mohd Salleh Mat Jani, berkata kesemua mangsa ditemui dalam keadaan keletihan sekitar 10 pagi semalam oleh pasukan gerakan marin yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat.

Kesemua mangsa telah dibawa ke jeti Pangkalan Marin Wilayah Timur Teluk Kalong di sini untuk diberikan bantuan dan rawatan.

Bot yang membawa sembilan lelaki dewasa, enam wanita dan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun itu pada mulanya dilaporkan hilang di perairan Pulau Tenggol di Dungun, hari ini.

Awal dari itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Dahlan Mohd Noor, ditukil sebagai berkata, kejadian berlaku kira-kira 20 minit selepas bot yang membawa pelancong tempatan itu bertolak dari pulau itu pada 6.30 petang selepas menyertai aktiviti skuba.

‘Bot berkenaan terputus hubungan selepas 20 minit bertolak dari Pulau Tenggol,’ katanya.

Gerakan mencari kemudian dilancarkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Pasukan Gerakan Marin Wilayah Timur sebaik sahaja menerima laporan berhubung kejadian itu.

Difahamkan keadaan laut ketika itu agak bergelora disebabkan musim tengkujuh yang kini melanda Pantai Timur. — Bernama.

KEMAMAN : Kesemua 16 mangsa yang dikhuatiri hilang dalam kejadian bot karam di Pulau Tenggol dekat sini petang kelmarin ditemui selamat dalam keadaan terapung kira-kira 12 batu nautika dari pulau berkenaan menghala ke Kuantan pagi semalam.

Ketua Pasukan Gerakan Marin Wilayah Timur, Penolong Pesuruhjaya Polis Mohd Salleh Mat Jani, berkata kesemua mangsa ditemui dalam keadaan keletihan sekitar 10 pagi semalam oleh pasukan gerakan marin yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat.

Kesemua mangsa telah dibawa ke jeti Pangkalan Marin Wilayah Timur Teluk Kalong di sini untuk diberikan bantuan dan rawatan.

Bot yang membawa sembilan lelaki dewasa, enam wanita dan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun itu pada mulanya dilaporkan hilang di perairan Pulau Tenggol di Dungun, hari ini.

Awal dari itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Dahlan Mohd Noor, ditukil sebagai berkata, kejadian berlaku kira-kira 20 minit selepas bot yang membawa pelancong tempatan itu bertolak dari pulau itu pada 6.30 petang selepas menyertai aktiviti skuba.

‘Bot berkenaan terputus hubungan selepas 20 minit bertolak dari Pulau Tenggol,’ katanya.

Gerakan mencari kemudian dilancarkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Pasukan Gerakan Marin Wilayah Timur sebaik sahaja menerima laporan berhubung kejadian itu.

Difahamkan keadaan laut ketika itu agak bergelora disebabkan musim tengkujuh yang kini melanda Pantai Timur.

Advertisements
Posted in: Uncategorized