DUA MELAYU DIPILIH PENGERUSI DAERAH

Posted on 8 November 2010



Walau pun DUA orang Melayu Muslim merupakan antara 13 muka baru yang terpilih menjadi pengerusi daerah sayap belia Parti Tindakan Rakyat (PAP) atau YP.Ini bukanlah satu kemegahan kapada rakyat melayu di Singapore.

Mereka ialah Encik Budiman Mohd Salleh, yang dipilih menjadi pengerusi daerah Marine Parade dan Encik Mohamed Ibrahim Foo, yang juga dikenali sebagai Encik Foo Sek Liang, Winson, yang mewakili daerah Tampines.

Semasa dihubungi semalam, Encik Budiman, 25 tahun, menyatakan bahawa beliau terkejut dipilih sebagai pengerusi daerah.

Namun, lebih daripada itu, mahasiswa tahun akhir jurusan Ekonomi di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) itu berasa ghairah diberi peluang untuk menyumbang kepada daerah yang lebih luas dan bukan sekadar di cawangan Kaki Bukit, di tempat beliau berkhidmat.

‘Ini adalah negara saya. Melibatkan diri dalam YP memberi saya peluang berkhidmat dan membawa perubahan kepada masyarakat Singapura. Saya juga ingin pendapat dan suara saya didengar dalam pembangunan Singapura,’ ujar beliau, yang mula melibatkan diri dalam YP sejak berusia 18 tahun.

Sementara itu, bagi Encik Mohamed Ibrahim, 37 tahun, pula kunjungannya ke salah satu Sesi Bertemu Penduduk (MPS) telah membuka matanya dan mendorong beliau menyertai YP.

‘Saya ingin berbakti dan menyumbang kepada masyarakat. Malah, setelah menganggotai YP, saya diberi peluang melibatkan diri dalam pelbagai jawatankuasa akar umbi seperti menjadi anggota Jawatankuasa Pengurusan Kelab Masyarakat (CCMC) dan Jawatankuasa Perundingan Rakyat (CCC),’ ujar bapa tiga anak yang berusia antara tiga dengan dan 10 tahun itu.

Menurut Encik Ibrahim, antara perkara pertama yang akan beliau lakukan ialah memberikan perhatian kepada soal menambah keanggotaan YP di kawasannya dan memastikan anggota sedia ada dapat kekal lama dalam parti.

Advertisements
Posted in: Uncategorized