BN DI GALAS AKAN KALAH AKIBAT SILAP CALON

Posted on 27 Oktober 2010



GALAS:Para Pengundi N45 DUN Galas inginkan Ketua Pemuda Umno bahagian Gua Musang Mazlan Nordin sebagai calon mereka.Tapi kenapakah Abdul Aziz Yusof yang dinobatkan sebagai calon.Semasa pengundian Ketua Pemuda Gua Musang itu mendapat 65% undi sedangkan Aziz Yusof hanya mendapat 47% undi sahaja.
Pengarah Pilihan Raya Tengku Razaligh Hamzah juga inginkan Mazlan Nordin sebagai calon untuk bertanding di DUN Galas.Tapi apa boleh buat calon pilihan pengundi Galas telah ditolak oleh pihak lain yang tidak memikir soal penduduk Galas dan kemenangan Umno.
Rata pengundi Galas yang ditemui menyatakan kalau ketua pemuda bahagian Gua Musang tidak dicalonkan kami juga tidak akan mengundi Aziz Yusof sebaliknya kami akan berpihak kapada PAS.
Ditanya kenapa tidak mahu Aziz Yusof, mereka berkata,kami pengundi galas tidak pernah mengenali Aziz Yusof yang kami kenal hanyalah Mazlan Nordin.Mazlanlah yang sering menolong dan membantu kami.Umno Galas akan kalah akibat tersalah pilih calon.

Advertisements
Posted in: Uncategorized