KU LI TINGGAL CALON,LAMBANG KEMENANGAN PAS

Posted on 26 Oktober 2010



Kemana perginya penyokong Umno di Galas

Kenapa TPM berada di Batru Sapi,tidak di Galas

Oleh:Adiputra
GUA MUSANG, 26 Okt: Tindakan Pengarah Pilihan raya Umno BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Galas, Tengku Razaleigh Hamzah yang tidak turut serta masuk ke pusat pusat penamaan menimbulkan tanda tanya.
Kenapakah Ku Li tidak memasuki tempat penamaan calon seperti yang dilakukan sebelum ini.Ini menunjukkan bahawa Ku Li tidak bersetuju dengan calon tersebut.
Bagi Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, beliau mengharap ianya satu signal positif dan akan memberi kelebihan kepada calon PAS, Dr ulkefli Mohamad.
Bagi Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapha Mohamed pula, beliau menjelaskan tindakan Ahli parlimen Gua Musang itu kerana beliau lebih selesa bersama rakyat.
Alasan Datuk Pa itu tidak masuk akal kerana seorang pengarah pilihan raya dia mesti bersama calonnya sewaktu pendaftaran.
Walaupun proses penamaan calon belum selesai, namun difahamkan Ku Li dan Datuk Ahmad Shabery Cheek telah beredar kira-kira jam 10.00 pagi.
Pcbdaily difahamkan ramai para penyokong Umno/BN ingin baikot calon BN supaya tersunkur di pilihan raya N45 di DUN Galas ini.
Dengan sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin Umno di Galas ini mungkin Pas akan menang dengan mejoriti yang lebih banyak.

Advertisements
Posted in: Uncategorized