PENDAPATAN 1.5b KEDATANGAN 4.5 JUTA PELANCONG

Posted on 25 Oktober 2010



KOTA BHARU – Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Kelantan meletakkan sasaran pendapatan berjumlah 1.5 bilion dengan kemasukan 4.5 juta pelancong tahun ini.

Ketua Penolong Setiausaha Pelancongan dan Kebudayaannya, Ahmad Shukeri Ismail berkata, pihaknya optimis dapat merealisasikan sasaran itu dengan beberapa acara yang bakal berlangsung pada penghujung tahun ini.

“Sehingga Ogos lalu sejumlah 3.7 juta pelancong dengan 353,850 domestik dan 75,390 dari luar negara datang melawat lokasi menarik Kelantan.

“Tahun lalu, Kelantan menerima pelawat 4,803,041 dari dalam dan luar negara dengan pencapaian pendapatan lebih RM1.5 bilion,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, petang semalam.

Ahmad Shukeri berkata, Kelantan mempunyai pelbagai aktiviti menarik yang dapat menarik minat ramai pelancong untuk memilih Kelantan sebagai destinasi percutian mereka.

“Saya turut jangkakan acara Pesta Air Antarabangsa Kelantan 2010, Oktober ini dan Ekspo Perdagangan Antarabangsa Cheng Ho pada November depan akan menarik ramai lagi pelancong.

“Ditambah pula dengan pelbagai program menarik sempena cuti sekolah sekitar Disember akan datang,” katanya

Ahmad Sukeri Ismail

Advertisements
Posted in: Uncategorized