5 JUTA PENGUNDI BELUM BERDAFTAR

Posted on 20 Oktober 2010



Suatu ketika dulu blog pcbdaily pernah menyiarkan saranan supaya Suruhan Jaya pilihan raya SPR supaya meminda undang-undang agar rakyat Malaysia yang mencapai usia 21 tahun secara rasmi mereka layak sebagai pemilih.
Kalaulah cadangan tersebut diambil kira tidaklah tercicir sampai 5 juta pengudi muda di Malaysia ini.Kerana negara-negara maju sudah lama mengunakan undang-undang sebegini.Kalau cara ini tidak dilaksanakan ramailah para pengundi yang mencapai usia 21 tahun tidak dapat membuang undi disebabkan tidak berdaftar.
Ini adalah satu kerugian kapada negara dan parti-parti politik yang bertanding sekali gus dapat menjimatkan wang negara.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menganggarkan hampir lima juta rakyat Malaysia yang mencapai usia 21 tahun dan ke atas dijangka tidak dapat mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) berikutan keengganan mereka mendaftar sebagai pemilih.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata ketika ini dianggarkan kira-kira 15.6 juta rakyat Malaysia berusia 21 tahun ke atas layak mengundi, namun sehingga 30 Mei lalu hanya 11.24 juta yang mendaftar sebagai pemilih, manakala kira-kira 4.3 juta lagi belum berbuat demikian.

Beliau berkata, jumlah ini dijangka terus meningkat kerana pertambahan warga negara yang mencapai umur 21 tahun adalah kira-kira 450,000 orang setiap tahun, manakala jumlah yang mendaftar mengikut tahunan sekitar 250,000 saja.

“Dengan jumlah baki yang tidak mendaftar dan tertunggak kira-kira 200,000, maka jumlah rakyat yang tidak mendaftar terus meningkat kira-kira 200,000 setiap tahun.

“Jika pertambahan jumlah ini konsisten dan berterusan, menjelang PRU-13, jumlah rakyat yang tidak dapat mengundi dijangka meningkat kepada hampir lima juta.

“Ini satu fenomena yang serius dan merugikan negara kerana kira-kira 30 peratus jumlah rakyat yang tidak dapat menggunakan hak selaku pengundi dalam proses demokrasi bagi menentukan masa depan negara,” katanya di sini.

Sehubungan itu, Wan Ahmad berkata, SPR sedang menjalankan kajian berhubung kaedah pendaftaran pemilik secara automatik dan atas talian (online) bagi memastikan warga negara berusia 21 tahun ke atas mendaftar sebagai pemilih.

Beliau berkata, jika kaedah itu dilaksanakan di negara ini, beberapa dasar lain mengikut bidang kuasa agensi terbabit perlu dipinda dan dikuat kuasa sepenuhnya terlebih dulu.

Advertisements
Posted in: Uncategorized