KU LI PELUM TERIMA TAWARAN TPM

Posted on 4 Oktober 2010



KOTA BHARU –Jangan cepat mengsahihkan apa yang belum tentu,kerana sekarang ini walau pun Tengku Razaleigh pernah ditawarkan sebagai pengarah pilihan raya kecil DUN Galas belum tentu lagi beliau ingin menerimanya atau tidak.Apa lagi untuk menjadi calon bagi pilihan raya di DUN tersebut.
Tengku Razaleigh juga perlu berfikir semasak-masaknya samada ini satu perangkap untuk menjatuhkan beliau dengan cara terhormat.Kerana dengan cara tiba-tiba sahaja beliau dilantik oleh TPM sebagai pengarah pilihan raya kecil DUN Galas sedangkan Datuk Mustapha Muhammad pula sebagai timbalannya.

Sementara itu Pemuda UMNO Kelantan pula mendakwa terdapat pemimpin Pas yang pernah berjanji tidak meletakkan calon pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, sekiranya Tengku Razaleigh Hamzah dicalonkan di kerusi itu.

Ketuanya, Anuar Safian berkata, jika Pas meletakkan calon seperti yang diperkatakan, ia bermakna parti itu sudah melanggar janji yang dibuat pemimpin itu sendiri.

“Bagi Pemuda UMNO Kelantan, Pas yang sebenarnya tidak menghormati Ku Li seandainya meletakkan calon jika beliau bertanding di Galas. Sebenarnya tahun lepas, pemimpin itu beritahu Ku Li di dalam pertemuannya Di Kuala Lumpur.

“Sekiranya DUN Galas mengalami pilihan raya kecil, beliau pernah meminta untuk Ku Li bertanding di Galas dan berjanji tidak akan meletakkan calon Pas bagi menentang Ku Li sebagai tanda penghormatan kepada negarawan tersebut,” katanya mengulas reaksi Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyatakan pencalonan Tengku Razaleigh tidak menghormati beliau sebagai pemimpin besar negara sebelum ini.

Pemuda UMNO Kelantan sebelum ini mencadangkan Tengku Razaleigh diberi tugas memikul amanah sebagai calon sekali gus memberi peluang untuk beliau mengembalikan semula kerusi tersebut dari Pas.

Mengulas mengenai kenyataan Nik Abdul Aziz yang mendakwa kerusi DUN tidak layak untuk Ku Li, Anuar berkata: “Saya nak bagi tau Nik Aziz dalam Islam mana ada taraf-taraf ni, Menteri Besar, Ahli Parlimen atau ADUN, taraf di sisi Allah sama, orang mungkir janji adalah munafik,” katanya.

Bercakap di Bera Datuk Ismail Sabri Yaakobberkata. Pelantikan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas menepati selera pengundi di kawasan berkenaan, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Katanya, pemilihan Ahli Parlimen Gua Musang yang terkenal dengan ketokohan nya bertepatan dengan rekod beliau dalam bidang politik selain keserasiannya dengan pengundi di kawasan tersebut.

Beliau berkata, kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengatakan Tengku Razaleigh tidak sesuai dipilih sebagai calon untuk bertanding di kawasan itu kerana beliau adalah Ahli Parlimen dan bekas Menteri Kabinet serta kerabat diraja, adalah tidak berasas sama sekali.

“Pas sepatutnya berpandukan kepada sejarah di mana ramai di kalangan Pakatan Rakyat seperti Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan juga bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Mohamad turut bertanding dan menjadi ADUN dan Ahli Parlimen sekaligus,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan berkata demikian kepada media di majlis Ramah Mesra Belia Bersama Pemimpin di Dataran Laman Kerayong di sini, semalam.

Ismail Sabri berkata, provokasi kenyataan Nik Abdul Aziz itu tidak berasas kerana siapa pun boleh bertanding tanpa halangan asalkan seseorang itu dapat diterima pengundi yang memperakui kemampuan calon pilihan mereka.

“Pembangkang perlu melihat diri sendiri terlebih dahulu sebelum menegur kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) kerana dalam banyak isu pembangkang lebih banyak beretorik semata-mata,” katanya.

Menurutnya pada pilihan raya kecil itu nanti pengundi di Galas mempunyai peluang cerah untuk membetulkan kesilapan semasa pilihan raya umum ke-12 dengan memilih calon BN yang berwibawa dan mendapat sokongan padu Kerajaan Pusat.

Beliau memberi jaminan bahawa kawasan itu akan berkembang pesat sekiranya calon BN memenangi kerusi tersebut berikutan banyak kawasan di Kelantan ketinggalan dalam pelbagai bidang berbanding negeri lain.

Advertisements
Posted in: Uncategorized