TENGKU RAZALEIGH PERNAH DI KETEPIKAN,KINI DIAMBIL SEMULA

Posted on 3 Oktober 2010



KOTA BAHARU – Rakyat Kelantan yang simpati kapada Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkankan jikalau Tengku Razaliegh terima sebagai calon untuk bertanding di DUN Galas bermakna berjayalah sendiwara UMNO untuk menjatuhkan beliau dengan cara terhormat.
Sebelum ini orang UMNO amat benci kapada Tengku Razaliegh disebabkan beliau menyokong pendirian Kerajaan Negeri Kelantan dalam isu tuntutan royalty minyak pada awal tahun ini dengan mendedahkan bahawa kalau mengikut perjanjian Kelantan berhak menerima royalti minyak.
Tapi sekarang apabila UMNO ketandusan calon untuk diletakkan bagi merebut kerusi DUN Galas UMNO terpaksa mengambil kembali Tengku Razaleigh yang mereka sudah tolak ketepi dan mengagap orang tua nyayok pada satu ketika dulu.
Hari ini sinar harian melapurkan UMNO Bahagian Kota Baharu menyokong cadangan supaya Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dipilih sebagai calon pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas yang akan diadakan.

Ketuanya, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh berkata, pemimpin veteran UMNO itu diyakini mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sekiranya dipilih bertanding pada pilihan raya kecil itu nanti.

Beliau berharap Tengku Razaleigh yang telah dipilih sebagai pengarah pilihan raya Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil DUN Galas, memikirkan perkara itu semasak-masaknya sekiranya dipilih sebagai calon BN pada pilihan raya kecil itu.

Advertisements
Posted in: Uncategorized