BN/UMNO KALAH DI GALAS,KALAH PILIHAN RAYA UMUM.

Posted on 29 September 2010



GUA MUSANG-Penduduk di kawasan Dewan undangan negeri DUN Galas meramalkan sekiranya diadakan pilihan raya kecil di sini UMNO/BN akan mengalami kekalahan yang paling memalukan.Disebabkan pengundi dikawasan ini tidak percaya kapada kepimpinan Datuk Najib Tun Razak.Ini mereka mengambil kira pilihan raya kecil di Manik Urai baru-baru ini, kerana apa yang dijanjikan oleh UMNO/BN tidak ada satu pun yang ditunaikan.
Contohnya jambatan Menik Urai yang menghubungkan Manik urai baru dan Manik urai lama.Jambatan tersebut sudah pun diluluskan pada dasarnya tapi belum lagi menampakkan hasil.
Kerajaan di bawah pimpinan Datuk Najib dan UMNO/BN hanya pandai menabur janji sahaja tapi tidak dapat di tunaikan kerana kewangan Negara sekarang sudah tidak ada lagi untuk melaksanakan setiap projek yang dijanjikan itu.
Rata-rata penduduk yang ditemui menyatakan rasa tidak puas hati dengan kempimpinan Datuk Najib Razak kerana dikatakan tidak cekap dalam pimpinannya mengurus dan mentadbir Negara.Pengaguran semakin bertambah disebabkan kurang pekerjaan.
Tadak seperti zaman Dr. Mahathir dulu,era pemerentahan Dr. Mahathir dulu walau pun ekonomi Negara kurang memuaskan tapi rakyat mewah politik juga tidak kucar kacir seperti sekarang.pekerja bertambah.
Tapi sekarang rakyat semakin tertekan dibawah satu Malaysia barang-barang keperluan harian naik melambung.Bahang sahaja sampai RM9 sekilo gram.
Kata mereka pilihan raya kecil di Galas ini sebagai penentu kapada pilihan raya umum ke tiga belas nanti.Sekiranya Umno/BN kalah di Galas bermakna BN akan berkubur di pilihan raya umum akan datang.
Kenyataan Timbalan Perdana Menteri melalui berita RTM tengah malam tadi,beliau berkata di Galas kita (UMNO) tidak yakin bahawa kita akan menang hanya atas dasar 50%/50% sahaja.Kalau demikian Umno tidak mampu lagi untuk meyakinkan pengundi dengan janji-janji mereka.
Satu Malaysia yang dilaungkan selama ini tidak mampu untuk menyakinkan rakyat walau pun tema “rakyat di dahulukan pencapaian di utamakan.”

Advertisements
Posted in: Uncategorized