NAZRI AZIZ MARAHKAN UTUSAN MALAYSIA.(AWANG SELAMAT, SIAPA KETUAMU)

Posted on 20 September 2010



 
Sep 20, 10 12:28pm
KOTA BHARU-Sekarang ini jelaslah  bahawa Akhbar Utusan Malaysia adalah milik Umno Datuk Najib sebagai ketuanya.

Selama ini para pemimpin Umno menyatakan bahawa akhbar Utusan Malaysia adalah bukan milik Umno tapi tindakan akhbar tersebut bertindak menyembelahi Umno dalam beritanya kerana kononnya parti Umno/BN ini benar.

Dengan takdir Allah Menteri diJabatan Perdana Menteri sendiri telah mendedahkan bahawa Utusan Malaysia adalah milik Umno.

Petikan berita yang disiarkan oleh Makaysia kini.com  (MK) yang mana Nazri Aziz mengkritik Kolomis Utusan Malaysia “Awang selamat sehinggakan memberi  amaran dengan bertanya Awang Selamat,siapa bos mu”.

Selepas mengkritik Utusan Malaysia, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nazri Aziz hari ini mempertikaikan pula seorang kolumnis kontroversinya Awang Selamat sama ada beliau mempunyai ketua selain Datuk Seri Najib Tun Razak.

Nazri menegaskan sebagai menteri kerajaan, beliau akan mempertahankan kerajaan daripada dikritik walaupun oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri.

“Sudah tentu, sesiapa sahaja tanpa mengira siapa yang mengkritik kerajaan, akan menerima serangan dalam tindakan saya mempertahankan kerajaan, sebagaimana yang telah saya lakukan ketika Tun Mahathir dan Tun Abdullah menjadi perdana menteri,” katanya sambil menafikan beliau anti-Dr Mahathir.

Dalam kolumnya semalam, Awang Selamat mengkritik Nazri kerana ‘mempersoalkan’ kesetiaan Utusan pada Najib – yang didakwanya menunjukkan menteri itu anti Dr Mahathir.

Awang Selamat juga mendakwa tindakan Nazri itu biadap dengan negarawan yang banyak berjasa, sekali gus menjelaskan mengapa tidak hairan akhbar Cina ghairah memperlekehkan Dr Mahathir.

Ini kerana, tambahnya, ada pemimpin Melayu sendiri yang membuka laluan.

Pada 15 September lalu, sebuah portal berita melaporkan Nazri mempersoalkan tindakan Utusan seolah-olah memperlekehkan gagasan Najib, menunjukkan akhbar harian itu lupa siapa ketua mereka yang sebenarnya.

Beliau dilaporkan bertanya sama ada akhbar milik Umno itu berkonspirasi mahu ‘menggantikan’ beliau dengan Dr Mahathir.

“Saya tidak boleh faham Utusan. Siapa ketua mereka – Najib atau Dr Mahathir?” Nazri dipetik sebagai berkata.

Dalam sepucuk surat terbuka yang disiarkan dalam portal portal berita, walaupun Dr Mahathir adalah Perdana Menteri terbaik yang pernah pernah berkhidmat, tetapi beliau juga ada banyak kekurangannya.

“Awang sewajarnya keluar daripada peredaran masa dan berhadapan dengan hakikat bahawa saya kini berada dalam kerajaan sebagai seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan bukan sebaliknya. Justeru, yang mengkritik kerajaan ialah Tun Mahathir dan bukan sebaliknya,” katanya.

Menurut Nazri, tidak sepertinya, Awang Selamat mungkinta tidak tahu siapa ketuanya “kerana dia memperkecilkan dasar 1Malaysia yang dibawa perdana menteri dan mempromosikan perkauman sempit (Presiden PERKASA Datuk) Ibrahim Ali yang sememangnya bukan ahli Umno.”

Beliau juga mengkritik Awang Selamat yang didakwanya “terperangkap dalam peredaran waktu”di mana ahli arlimen kerajaan bukan sahaja tidak melibatkan wakil rakyat pembangkang, malah membencinya dalam kebanyakan masa.

Bersopan kepada pembangkang adalah tindkaan tepat untuk diambil dalam amalan demokrasi kerana seperti saya mereka juga dipilih oleh rakyat

“Awang tidak pernah terfikir bagaimana lima ahli parlimen PKR boleh melompat ke kumpulan anggota bebas kalau bukan kerana kesopanan yang diperlihatkan oleh saya kepada mereka selaku Menteri Hal Ehwal Parlimen,” tulis Nazri lagi.

Secara sinis, Nazri menambah: “Sudah tentu, Awang tidak akan faham kerana dia bukan sahaja tidak pernah menawarkan dirinya sebagai calon pilihan raya, tetapi juga pembaca tidak tahu siapa dia sebenarnya.”

Nari juga menasihatkan Awang tidak mencampuri politik negara secara dengan pengetahuannya yang cetek dan sifar pengalaman, sebaliknya memberikan tumpuan untuk menaikkan edaran Utusan yang terus merosot.

“Kedudukan itu dengan sendiri menunjukkan prestasi dan standardnya yang rendah di mana Utusan terpaksa merujuk kepada laporan media alternatif elektronik baru sedangkan ia seharusnya bertindak sebaliknya.” kata Nazri.

Advertisements
Posted in: Uncategorized