HAPUS PELEMBAGAAN PENJAJAH.GUNA PELAMBAGAAN ISLAM.

Posted on 1 September 2010



Ekoran dari kenyataan Anwar Ibrahim di Shah Alam semalam ramai dikalangan rakyat Kelantan menyeru supaya Kerajaan di bawah pimpinan Datuk Najib mem bubarkan  semua pelembagaan yang sedia ada supaya di gunakan pelembagaan  ISLAM yang sudah tentu tidak boleh dipinda oleh sesiapa.

Pendapat  dari rakyat Kelantan kalau Najib bubar pelembagaan sekarang dan guna pelembagaan Islam Najib serta Umno akan menang dipilihan raya akan datang dan dapat  meneraju pemerintahan Malaysia hingga ke akhir hayat.

Mengikut rakyat Kelantan lagi sudah sampai waktunya kerajaan pimpinan Najib mengunakan pelembagaan Islam untuk menjalani pendadbiran Negara.

Datuk Nik Aziz menyatakan kalau Umno jalani pemerintahan Islam Pas akan dibubarkan keseluruhannya kerana tak perlu lagi pada Pas sebab parti terbesar Negara sudah pun menjalani pemerintahan Islam.sebab itulah cita-cita Pas selama ini.inginkan sebuah Negara Islam sepenuhnya.

Petikan dari kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan mengenai keperluan untuk mempertahankan perlembagaan dan menjaga hak dan kepentingan orang Melayu dan agama Islam seperti termaktub dalam Perkara 152 dan 153 Perlembagaan Persekutuan.

Beliau turut menggesa rakyat supaya terus mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berperlembagaan.

Menurutnya, penggunaan bahasa Melayu perlu dimartabatkan dan memperluaskannya sebagai lingua franca serta melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum.

“Kita juga perlu mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan Islam sebagai agama persekutuan, agama-agama lain boleh diamalkan.

“Termasuk juga kedudukan istimewa orang Melayu, anak negeri Sabah-Sarawak serta kepentingan sah kaum-kaum lain juga perlu dipertahankan,” katanya dalam blognya, semalam.

Beliau yang juga ahli parlimen Permatang Pauh turut mengulangi gesaan supaya akta kontroversi, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan serta mengesyorkan pembatalan semua pengisytiharan darurat yang masih dikuatkuasakan.

Atas semangat persekutuan, Anwar juga berharap wujudnya hubungan yang adil antara kerajaan pusat dengan negeri-negeri, terutama Sabah dan Sarawak.

Advertisements
Posted in: Uncategorized