Posted on 4 Ogos 2010



Puteri UMNO Bantah Kahwin Awal
KUALA LUMPUR 3 Ogos – Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abd. Rashid Shirlin tidak bersetuju dengan langkah Kerajaan Negeri Melaka memberi kelonggaran remaja berkahwin awal meskipun bermatlamat mencegah gejala hamil luar nikah.

Ini kerana, katanya, kebanyakan kes hamil luar nikah bukan melibatkan pasangan yang serius hendak berkahwin tetapi hanya untuk berseronok sehingga terlanjur.

“Puteri UMNO yakin gejala tidak bermoral itu hanya boleh diselesaikan menerusi ‘akarnya’ iaitu setiap ibu bapa menjalankan tanggungjawab mendidik anak-anak tentang dosa dan pahala,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang menggalakkan ibu bapa memberi kebenaran kepada anak-anak mereka berkahwin walaupun masih bersekolah bagi mengekang gejala hamil luar nikah.

Bagi tujuan tersebut, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bersetuju memberi kelonggaran bernikah kepada pelajar lelaki bawah umur 18 tahun dan bawah 16 tahun bagi pelajar perempuan.

Rosnah berkata, keputusan membenarkan mereka berkahwin pada usia muda bakal menimbulkan masalah lain termasuk meningkatkan jumlah penceraian

Advertisements
Posted in: Uncategorized