BUKAN MENGHINA TAPI UNTUK MENYEDARKAN

Posted on 25 Julai 2010



KOTA BHARU-Setiapa berita yang dikeluarkan di mana-mana laman blog mengenai mufti perak bukanlah berniat untuk menghina beliau tetapi sebaliknya untuk memberi kesedaran kapada beliau bahawa kalau setakat Mufti yang di lantik melalui politik tidak layak untuk dijadikan orang tengah kerana sudah tentu di hati beliau berada disebelah pihak sahaja.

Sinar harian hari ini melaporkan, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria tidak kisah dihina dengan pelbagai gelaran mengaibkan sperti disiarkan beberapa laman blog demi menunaikan amanahnya mengajak umat Islam bersatu.

“Saya tidak kisah walaupun ada beberapa laman blog yang menghina saya menggunakan kata-kata kesat seperti ‘haramsani’ dan ‘haram jadah’.

“Terpulang kepada mereka untuk menilai sedangkan sudah termaktub dalam al-Quran bahawa mencaci, memaki dan menghina orang lain adalah berdosa. Kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas program Forum Perdana Hal Ehwal Islam di Sekolah Kebangsaan Pulau Betong, malam kelmarin.

Program yang dianjurkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Bahang, Datuk Seri Hilmi Yahaya dengan kerjasama Pusat Pengajian Islam, Universiti Sains Malaysia (USM) dan Anak-anak Kariah Pulau Betong itu dihadiri kira-kira 3,000 penduduk.

Harussani berkata, tindakan yang dilakukan adalah berdasarkan tanggungjawabnya sebagai mufti yang diamanahkan untuk menjaga akhlak dan akidah umat Islam dan menyifatkan tentangan yang dihadapinya umpama letupan bom yang dahsyat.

Menurutnya, pemimpin kini lebih mementingkan keutamaan parti tanpa mengamalkan suruhan agama yang menekankan konsep bersatu-padu sesama umat.

“Saranan yang diberikan untuk mengajak kedua-dua belah pihak mengadakan pertemuan bukannya untuk menyuruh mereka bersatu dari segi politik, sebaliknya untuk menyahut tuntutan agama yang mewajibkan umatnya agar sentiasa bersatu-padu,” katanya.

Advertisements
Posted in: Uncategorized