MAHUKAN WANG BUKAN CEGAH KEMALANGAN

Posted on 18 Julai 2010



Kota Bharu:Rata-rata rakyat Kelantan  merasa kesal, di atas sikap kerajaan melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)  yang bertindak menyenarai hitam sehingga mereka tidak dibenarkan untuk membaharui cukai jalan. Dimaklumkan sejak September 2009, lebih 2.5 juta notis saman dikeluarkan kepada pesalah trafik dan daripada jumlah itu, sebanyak 1.07 juta pesalah trafik telah disenaraihitamkan oleh PDRM.

Perkara ini dilakukan semata-mata untuk mendapatkan wang daripada rakyat akibat dari  slogan 1 Malaysia rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.Bermulanya slogan ini Negara Malaysia menjadi tak menentu kerana barangan semua naik sehingga tidak termampu untuk rakyat menanggungnya.

Perkara ini berpunca dari pimpinan Malaysia yang tak cekap dalam pemerintahan Negara.Terutamanya akibat dari politik yang tidak setabil para pelabur takut untuk datang melabur.

Rata-rata rakyat Malaysia berpendapat Kerajaan terpaksa mengarahkan Polis dan JPJ supaya memaksa rakyat yang disaman agar membayar RM300 atas satu kesalahan tanpa menghiraukan rayuan.

Disini jelas bahawa Kerajaan Malaysia sekarang hanya mahukan wang bukannya untuk mencegah kemalangan.

Advertisements
Posted in: Uncategorized