12 Rakyat Malaysia Yang Berada Di Atas Mavi Marmara Disahkan Selamat

Posted on 3 Jun 2010



3 Jun — Semua 12 rakyat Malaysia yang berada di atas kapal Mavi Marmara yang diserang tentera Israel, disahkan selamat.

Bagaimanapun jumlah rakyat Malaysia yang terlibat berbeza dengan laporan yang dikeluarkan Israel iaitu seramai 11 orang.

Menteri Luar, Datuk Anifah Aman berkata Kementerian Luar kini berusaha membawa mereka pulang ke tanah air.

Datuk Seri Anifah turut menjelaskan bahawa angka rasmi rakyat Malaysia yang berada di atas Mavi Marmara adalah 12 orang dan bukan 11 orang seperti yang dilaporkan.

Beliau berkata seorang lagi rakyat Malaysia yang terlibat dalam kejadian itu ialah anggota Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, Mustafa Mansur.

Beliau turut mengesahkan tiada warganegara Malaysia yang cedera dalam kejadian itu.

Mavi Marmara, sebuah kapal Turki ialah satu daripada konvoi kapal yang membawa bantuan kemanusiaan untuk penduduk Gaza.

Sementara itu, pagi ini, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman hari ini berlepas ke Jordan untuk memastikan pembebasan 12 rakyat Malaysia antara ditahan dalam serangan Israel ke atas kapal Mavi Marmara.

Datuk Seri Anifah diiringi pegawai-pegawai atasan Wisma Putra.

Advertisements
Tagged:
Posted in: Uncategorized