RAJA PEREMPUAN DIKASARI POLIS,TIDAK MASUK AKAL

Posted on 13 Mei 2010



Tak masuk akal,Dakwaan Raja Perempuan Kelantan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid dikasari Polis adalah perkara tidak masuk akal kerana pihak amat menghormati Raja mana-mana Negeri sekali pun di Malaysia ini.Malah Polis juga amat menghormati slogan POLIS DIRAJA MALAYSIA.
Pcbdaily bukan mamihak kapada pihak Polis tapi dakwaan tersebut adalah tidak dapat di terima akal. Kalaulah Tengku Anis bekas raja perempuan sekali pun pihak polis tidak akan melaku sedemikian kerana beliau (Tengku Anis)adalah bonda Pemangku Raja Kelantan.
Pcbdaily difahamkan pihak polis hanya mententeramkan keadaan supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini.Kerana menjaga keamanan adalah tugas dan tanggung jawab pihak polis sepenuhnya.
Sehubungan dengan itu Bernama melaporkan Kekanda Sultan Kelantan, Tengku Merjan Almarhum Sultan Yahya Petra meminta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi penjelasan berhubung dakwaan Raja Perempuan Kelantan bahawa baginda dikasari polis.
Ini berikutan laporan sebuah akhbar tabloid berbahasa Melayu yang memetik sumber Istana Mahkota bahawa, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid dikasari anggota polis di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di sini pada Selasa lepas ketika Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra dimasukkan ke HUSM untuk rawatan susulan masalah jantung. Tengku Merjan berkata, pendedahan gambar kecederaan Raja Perempuan Kelantan yang disiarkan akhbar itu hari ini perlu dijelaskan oleh polis untuk mengetahui keadaan sebenar yang berlaku.
“Saya mengharapkan Hishammuddin dapat memberi penjelasan segera insiden anggota polis (didakwa) mengasari Tengku Anis,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Sultan Kelantan dibawa pulang ke Istana Mahkota Isnin lepas setelah menjalani rawatan susulan di HUSM seminggu lepas dan diletakkan di bawah pengawasan 10 doktor panel.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Amir Hamzah Ibrahim menafikan dakwaan laporan akhbar berkenaan bahawa Tengku Anis dikasari polis pada Selasa minggu lepas.
Beliau berkata, pihak polis tidak pernah mengasari Raja Perempuan Kelantan dan tiada insiden seperti itu dilaporkan.Amir Hamzah menegaskan dan mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa pihak polis tidak pernah mengasari kerabat Diraja Kelantan.
“Jika berlaku sebarang insiden seharusnya mereka membuat laporan polis agar pihak polis boleh segera menyiasat,” katanya ketika dihubungi.

Advertisements
Tagged:
Posted in: Uncategorized