Doktor bohong ke… atau Saiful memang berbohong

Posted on 13 Mei 2010



Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa doktor Pusrawi berbohong berhubung kandungan satu laporan perubatan yang mengatakan dia mendakwa duburnya sakit kerana dimasukkan dengan satu benda plastik.
Saiful, yang disoal balas oleh peguam Karpal Singh, memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini, laporan perubatan Dr Mohd Osman Abdul Hamid yang dikemukakan sebagai bukti adalah tidak benar.
“Berbohong. Ia tidak benar,” kata Saiful apabila ditanya oleh Karpal, peguam utama Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai laporan perubatan itu, yang memetik dia sebagai berkata satu benda plastik telah dimasukkan ke dalam duburnya.
Berdasarkan laporan itu, Saiful dikatakan memberitahu Osman ketika pemeriksaan di Pusrawi pada pukul 2 petang, 28 Julai 2008 bahawa dia telah diliwat menggunakan satu benda plastik yang dimasukkan ke dalam duburnya.
Bagaimanapun Saiful enggan komen apabila disoal oleh Karpal berhubung satu lagi laporan perubatan, dikeluarkan Hospital Kuala Lumpur, yang merumuskan tiada sebarang kesan cedera di kawasan duburnya.
11.25pagi: Karpal memohon supaya kenyataan beramaran Saiful dikemukakan, dengan berkata saksi tersebut tidak bercakap benar.
11.22pagi: Saiful mendakwa, minyak pelincir digunakan sewaktu melakukan hubungan seks.
11.20pagi: Karpal, merujuk kepada laporan Hospital Kuala Lumpur, berkata tiada tanda parut atau kecederaan terbaru pada diri Saiful.
Saiful pula berkata dia tidak tahu kerana dia tidak dapat melihat duburnya.
11.06pagi: Karpal membaca salinan laporan yang menyatakan punca kesakitan Saiful adalah kerana kemasukan satu objek plastik ke dalam duburnya.
Saiful berkata laporan itu salah dan tidak betul.
Berikutan itu, Karpal berkata doktor berkenaan akan dibawa untuk memberi keterangan.
Saiful berkata dia tidak tahu dan “mungkin doktor berbohong”.
10.54pagi: Karpal bertanya Saiful sama ada dia seorang muslim yang baik. Saiful menjawab iya.
Karpal berkata Saiful tidak memahami ajaran Islam kerana dia tidak mandi junub selepas melakukan hubungan seks.
Saiful mengakui dia tidak berbuat demikian selepas melakukan hubungan seks dengan Anwar kerana dia dalam keadaan darurat pada masa itu
Saiful berkata dia mandi sebelum pergi mengerjakan solat Jumaat.

Advertisements
Tagged:
Posted in: Uncategorized