TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA DILANTIK SULTAN DENGAN SEGERA

Posted on 11 Mei 2010



Majlis Perajaan Negeri (MPN) perlu mengambil inisiatif selesaikan krisis Istana Kelantan dengan mengumumkan pelantikan Pemangku Sultan secara rasmi memandangkan hampir setahun tiada perubahan di atas kesihatan Sultan, Tuanku Ismail Petra.

Pakar Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa: (UIA), Prof Abdul Aziz Bari berkata, Malaysia, yang mengamalkan prinsip Raja Berperlembagaan, memperuntukkan kuasa mutlak kepada perwakilan yang dilantik Undang-Undang Tubuh Negeri untuk membuat keputusan dalam hal kesultanan.

:Menurutnya, di Kelantan pihak yang bertanggungjawab me:mastikan negeri mempunyai Sultan yang mentadbir hal-hal keagamaan adalah MPN dan sebarang keputusan yang dibuat majlis itu adalah mutlak serta tidak boleh didakwa di mana-mana mahkamah.

“MPN perlu mengambil inisiatif untuk mengembalikan kestabilan Kelantan memandangkan keadaan kesihatan Sultan pada masa ini tidak mengizinkan.
Rakyat Negeri Kelantan amat bersetuju serta menyokong penuh cadangan pakar Undang-undang UIA Prof. Abdul Aziz Bari. Sekira Mahkamah Khas umumkan bahawa Pemangku Raja Tengku Mohammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail diumumkan sebagai Sultan Kelantan cecara rasmi untuk menyelesaikan perebutan kuasa dinegeri ini.
Lagi pun sudah setahun Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra berada dalam keadaan gering dan tidak mampu menjalankan tugas dengan sempurna.Dalam masa itu juga Tengku Mahkota Kelantan Tengku Mohammad Faris Petra menjalankan tugas-tugas mantadbir negeri Kelantan dengan sempurna malah lebih dari ayahndanya.
Baginda pemangku Raja amat disenangi oleh rakyat dan senang untuk berbincang segala masalah yang berlaku serta dapat diselesaikan dengan baik berdasarkan kebijakan yang di anugerah oleh Allah kapada baginda.

Advertisements
Tagged:
Posted in: Uncategorized