PEMANGKU RAJA PALING LAYAK DITABAL SEBAGAI SULTAN

Posted on 10 Mei 2010



Krisis Istana Kelantan kedua pihak kena rujuk pada undang-undang tubuh negeri kalau tidak kes ini tidak akan selesai.
segalanya akan diberi kapada Baginda Pemangku raja kerana dialah yang berhak untuk dijadikan penaung bagi negeri Kelantan ini.
Lagi pun pemangku Raja sekarang ini adalah Tengku Mahkota bagi negeri Kelantan.Sebagai seorang Tengku Mahkota haruslah baginda yang paling layak untuk mengantikan ayahndanya.
Bukan itu sahaja malah pemangku raja sekarang iaitu Tengku Mohammad Faris Petra Ibni Sultan Ismai adalah ada sifat sebagai seorang pemerintah.
Pertama Baginda mempunyai ilmu Agama,perihatin kapada rakyat dan ramah mesra.
Perkara ini dia tidak boleh dibuat-buat kerana ianya semula jadi yang dianugerahkan oleh Allah kapada seorang hambanya.
Datuk Tengku Salwani Sultan Yahya iaitu ibu sedara baginda Pemangku Raja pula menegaskan apa yang dibuat atau dilakukan oleh Baginda Pemangku Raja sekarang ini adalah cara yang terbaik.

Advertisements
Posted in: Uncategorized