SULTAN KELANTAN DIBAWA PULANG KE ISTANA HARI INI

Posted on 9 Mei 2010



Kota Bharu:Selepas lima hari Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dekat sini, baginda hari ini dibawa pulang ke Istana Mahkota, Kubang Kerian.

Baginda dibawa menaiki kenderaan rasmi Istana Kelantan meninggalkan HUSM kira-kira pukul 5.10 petang.

Turut mengiringi baginda, Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

Difahamkan tindakan membawa keluar Sultan Kelantan dari HUSM mendapat perkenan Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra.

Advertisements
Tagged:
Posted in: Uncategorized