RAKAN AMINULRASYID PERTIKAI VERSI POLIS

Posted on 3 Mei 2010



Aminulrasyid Amzah tidak pernah merempuh kereta peronda tetapi mereka ditembak dari belakang oleh anggota polis pada hari kejadian minggu lalu, kata rakannya Azamuddin Omar yang menemaninya pada hari kejadian.
Penumpang yang juga rakan remaja 14 tahun yang ditembak mati oleh polis, Aminulrasyid Amzah menolak dakwaan polis bahawa mangsa cuba merempuh ke arah polis.
Bercakap kepada pemberita pada sidang media di rumah keluarga Aminulrasyid hari ini, Azamuddin berkata Aminulrasyid cuba melepasi beberapa motosikal yang mengejarnya selepas keretanya tergesel sebuah kereta lain di Seksyen 7 sebelum itu.
Selepas rakannya ditembak, menurut Azamuddin, dia ditendang dan ditumbuk berkali-kali oleh beberapa anggota polis selepas keluar dari kereta dipandu Aminulrasyid.
“Mereka tembak dia di kepala (dari belakang) dan dia rebah di riba saya. Tetapi kakinya kekal pada pedal minyak dan kereta pulaterus bergerak,” katanya.
Kata Azamuddin, polis terus-menerus menembak kereta sehingga ia terlanggar tembok sebuah rumah di Seksyen 11.

Advertisements
Posted in: Uncategorized