UMNO BOLEH DIKATAKAN ISLAM.TAPI……

Posted on 20 April 2010



Ada seorang hamba Allah bertanya kepada Spy sewaktu spy dan beberapa orang sahabat sedang asyik pekena nasik ayam di traffic light Sg Choh,

“Orang UMNO ni bolehkah diterima dan dikategorikan sebagai seorang Islam?”.Terkejut jugak Spy…, apa motif dia ni sebenarnya bila tanya macam tu?

Spy tanya dia balik, “Orang UMNO ni, di mana yang syeikh nampak tak Islam?” Selamba saja dia jawab, “kerana orang UMNO tak ikut apa yang Islam suruh!”
Aduhhh. Hilang selera makan spy macam ni. Kenapa lah mamat ni time makan pun nak bercakap soal politik jugak? Dah tu…, soalan bertaraf gampang pulak tu yang ditanyanya.

Nasib baiklah muka dia ala-ala Po’e yang menjadi artis pujaan spy dulu, kalau tak maunya spy sumbat je dengan tulang ayam ke mulut longkang dia tu.

Spy kata kat hamba Allah ni, “didalam negara ni, siapa yang ikut macam Islam suruh? Contoh yang paling kecil ialah, Islam telah menetapkan hukuman bagi pencuri ialah potong tangan.

Tuan guru Nik Aziz Nik Mat


“Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahlah DAP, Syaitan pun saya boleh terima,” – YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan, 23 Januari 1999.

Selepas menerima persahabatan dengan DAP atas alasan keikhlasan DAP menerima perjuangan PAS, sudahkah Nik Aziz mengadakan persahabatan dengan Syaitan kerana saya yakin, orang sehebat Nik Aziz, bila-bila pun Syaitan ingin mendampingi.

Di dalam peringatan mesyuarat ke 6 Jawatankuasa Kerja Agung PAS bertarikh 22 Januari 1986, diminitkan seperti berikut,

PERKARA 5.5 – Terdapat cadangan supaya PAS menerima kerjasama/bantuan dari orang-orang yang bukan Islam.

Setelah menerima pandangan dari Dewan Ulama’ Kelantan dan dibincangkan secara teliti, maka mesyuarat bersetuju:

5.5.1 – PAS sama sekali tidak boleh/dilarang bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan yang bukan Islam,

5.5.2 – PAS boleh/harus menerima bantuan/kerjasama dari individu-individu yang bukan Islam.

Advertisements
Posted in: Uncategorized