JANGAN TAMBAH RUKUN HAJI

Posted on 20 April 2010



Dikhabarkan bahawa Pakatan Rakyat telah mencipta satu lagi rukun bagi ibadat Haji dan Umrah untuk penyokong-penyokongnya. Sebelum ini, ibadat Haji dan Umrah mensyaratkan melontar di tiga “jamrah” sebegai rukun ibadat tersebut. Namun memandangkan kini adalah musim umrah dan musim PRK Hulu Selangor, maka Pakatan Rakyat telah menambah satu lagi “jamrah” yang “wajib” dilontar iaitu “melontar batu dari luar masjid di Hulu Selangor kepada penyokong-penyokong Barisan Nasional”.

Berikutan laporan terkini dari Hulu Selangor, kelihatan beberapa penyokong-penyokong Pakatan Rakyat telah melakukan “lontaran jamrah ke-empat” mereka dari perkarangan masjid di Hulu Selangor kepada penyokong BN yang berada diluar perkarangan masjid. Mungkin penyokong Pakatan Rakyat itu berpendapat bahawa mereka yang berada di dalam Masjid merupakan “muslimin sejati” yang melontarkan batu kepada ” syaitan-syaitan” diluar masjid?

Dikhabarkan bahawa batu yang dilontarkan itu sebesar penumbuk orang biasa. Kalau kena…ke hospitallah jawabnya. Mujurlah tak kena…kalau tidak, tentu dah jadi isu & masuk berita bertajuk “Penyokong BN baling batu pada penyokong BN sendiri untuk tarik undi!”. Macam biasalah…akal “spin” Pakatan Rakyat tu memang terkenal pembelitnya!

Mujurlah juga ada rela dan pihak berkuasa yang berjaya mengawal keadaan. Ada juga penyokong BN yang kurang sabar dan mencabar untuk terus dilontar dengan batu. Mungkin “brader” kita tu ada ilmu kebal! Atau mungkin juga seronok melihat penyokong Pakatan Rakyat memperlihatkan “akhlak Islamiyyah” mereka dari dalam Masjid!

Begitulah sikap perangai Penyokong Pakatan Rakyat. Sering melakukan keganasan dan huru hara. Tidak kenal saudara seIslam dan tidak mengenal “uswah al-hasanah” yang ditinggalkan Rasulullah untuk dicontohi. Bagi mereka, merekalah yang “paling Islam” dan “paling betul”. Padahal, akhlaknya mengalahkan jin setan!

Sabarlah saudara-saudara ku di Hulu Selangor. Doa orang yang dizalimi itu amat mustajab disisi Allah. Berdoalah agar mereka berubah! Jangan pula “doakan perut mereka pecah” macam Nik Aziz dok doa pada Dato’ Seri Najib pulak. Kita doakan agar mereka bukakan mata hati untuk memilih BN untuk kebaikan bersama dimasa akan datang. Sabarlah ye…!

Kalau perkara ini benar bertaubat kalau awak benar orang Islam.

Tagged:
Posted in: Uncategorized