GELAGAT ANWAR PILIH ZAID

Posted on 19 April 2010



Anwar memang sengaja memilih Zaid Ibrahim – seorang ‘known maverick’ dalam segala segi untuk menjadi calon di Hulu Selangor. Sebagai seorang yang sangat kaya, minat dan kesukaan Zaid adalah cukup berbeza dengan kebanyakan pengundi di Hulu Selangor. Kalau Pak Mat Felda Soeharto suka main dam haji; Zaid main lain. Kalau Abang Man Kuala Kubu suka tengok F1; Zaid suka tengok lain. Kalau Mak Cik Limah Felda Gedangsa suka berniaga MLM; Zaid dah lama kaya dengan usaha beliau sendiri. Itu kita kena akui. Ramai orang UMNO sendiri yang tak boleh nak serang Zaid bab kekayaan ini. Dia tidak ada lesen AP beratus ribu. Dia tak ada syarikat sendiri yang mencari ‘central contract’ di Kementerian Kewangan. Zaid, bab kekayaan – payah orang nak cari salah.
Waima Muhyiddin sendiri – kekayaannya amat diragui, Sebagai seorang Pengundi di Pagoh; saya tahulah bahawa Muhyiddin memimpin dengan duit dan wang. Ini sudah jadi amalan lama. Sejak dia di Johor lagi. Kalau kaji betul-betul; politik Muhyiddin pun banyak kontroversi. Tanah kelapa sawit. Business deals dengan Cina di JB. Banyaknya tanah di Kluang yang diberikan kepada adik beradik Zahari (Afendi dan Fauzi).
Ini semua cerita lama. Cerita lama – ada yang kita suka, ada yang tidak. Soal Zaid minum arak – itu amalan biasa bagi orang kaya di Malaysia. Berapa banyak Melayu dalam majalah ‘Malaysian Tatler’ yang pegang gelas wine. Kehidupan ’socialite’ Melayu pada ketika ini; kalah kehidupan artis di Hollywood. Berlagak nak mampus. Minum arak macam minum sirap limau. So, apa yang jentera UMNO menggila nak pakai sound bite Zaid gila togok pun kita tak tahu. Kalau Zaid buat kenyataan silang; tentang berapa ramai Menteri UMNO yang biasa jadi teman togok dia amacam? Tak ke berterabur politik sendiri.
Anwar pada hakikatnya meletakkan Zaid sebagai ‘contoh’ dan iktibar. Dulu, Zaid minum – tapi sekarang dia dah taubat. Dia dah baik. Dia dah tak minum lagi. Zaid dah boleh jadi kaki masjid. Apa masalahnya?
Kalau pengundi Hulu Selangor mampu memaafkan Zaid dengan dosa dia meneguk air kencing Syaitan; apakah salah untuk rakyat Malaysia memaafkan Anwar ‘terliwat’ anak bujang Pak Cik Azlan. Memanglah dosa sodomi dan dosa togok jauh bezanya. Tapi implikasinya sama – ‘it’s ok to appoint low morale wakil rakyat’ at this moment. Why? Because – the rakyat don’t care about their personal life. Yang rakyat tahu, parti mesti ‘nampak boleh bersuara’ untuk pihak mereka.
Zaid Togok=Anwar Sodomi
Kita tak perlu nak tengok benda-benda yang belakang tabir ini. Kalaupun Zaid ada ‘bar’ di rumahnya, itu hal dia. Rumah dia. Rumahtangga dia. Kehidupan dia. Dosa dia. Pahala dia. So, apakah politik baru di Malaysia ini adala politik yang tidak mementingkan lagi soal ‘kredibiliti personaliti’ seseorang itu. Agaknya kita dalam perjalanan sebebas di Negara Barat yang boleh menerima gay, pelakon porno, lesbian sebagai wakil rakyat. Agaknya, inilah politik baru yang Anwar beria-ia nak tonjolkan.
Pokok pangkalnya adalah servis dan khidmat kepada rakyat. Jentera BN kena fokus kepada perkara itu. Kalau terlampau sangat nak serang peribadi Zaid nanti (rakyat jadi muak; dan mula mempersoalkan samada pemimpin Negara yang ada – semuanya maksum dan tidak ada dosa). Kan payah nak jawab.
Kalau berdasarkan kepada wajah yang ikhlas dan kesungguhan; kita sudah ada kelebihan. Kamalanathan memang nampak bersungguh. Akhbar pun banyak memberikan coverage kepadanya. Kalau ada rezeki menang. Tapi, tak perlu nak caci dan kata nista mengenai kelemahan orang.
Mesej Anwar untuk membawa Zaid adalah ‘mesej nilai’. Kalau Zaid boleh dimaafkan pengundi kerana togok; apalah salahnya Anwar dimaafkan kerana liwat. Itu sahaja.

Beginilah gelagat pengundi atas pagar du Ili selangor.Di perut BN tapi di Muka Pas.

Advertisements
Tagged:
Posted in: Uncategorized