KRISIS PENGHULU KG.KOLAM TOK GURU HARUS SELESAI SEGERA

Posted on 12 April 2010



BACHOK-Tok Guru sebagai Menteri Besar Kelantan harus bertanggung jawab untuk menyelesai krisis Tok Penghulu dan ketua cawangan di Kampung Kolam dalam Dewan Undang Negeri DUN Jelawat yang sekarang ini amat serius sehingga tidak dapat di selesaikan oleh yang dipetua PAS Kawasan Bachok.
Kalau Tok Guru lambat campur tangan perkara ini akan jadi bertambah parah sehinggakan separuh daripada pengundi PAS telah beralih kapada UMNO.Peti undi kampong Kolam adalah satu-satunya peti undi yang membawa kapada kemenangan kapada Dun Jelawat.
Keadaan ini terjadi kerana Tok penghulu sekarang ini telah tamat kontrak kemudian di lantik semula oleh YB Jelawat Aziz Kadir tanpa persetujuan penduduk kampung.Sedangkan penduduk kampung sudah tidak mahu lagi perkhidmatan penghulu tersebut kerana dikatakan banyak berlaku rasuah dan tidak mengambil berat terhadap penduduk .
Persoalannya sekarang ini mengapa YB Aziz Kadir pandai-pandai melantik semula penghulu tersebut tanpa persetujuan dari PAS cawangan dan penduduk sedang wakil rakyat itu sendiri dipilih oleh penduduk.
Penduduk kampung Kolam amat terkejut atas perkara ini dulu YB. Aziz Kadir datang di kampong Kolam menyembah minta tolong supaya mengundi beliu tapi sekarang beliu bersikap kacang lupakan kulit itukah sikap seorang pemimpin.Ini kah sikap pemimpin PAS yang di katakan ingin memperjuangkan serta membawa pemerintahan Islam.
Belum pilihan raya bermacam pemimpin datang di Masjid Taqwa tapi selepas pilihan raya Hanya Dato’ Alias iaitu wakil rakyat UMNO yang kalah datang melawat penduduk.Di manakah perginya wakil rakyat PAS yang menang dan dipilih oleh rakyat.

Inilah Masjid Taqwa yang di datangi oleh para pemimpin PAS yang menaburkan bermacam janji palsu.

Advertisements
Tagged:
Posted in: Uncategorized