SINGKIR TOK GURU PAS KALAH

Posted on 27 Mac 2010



KOTA BHARU – Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan bahawa beliau tidak kisah sekiranya Majlis Syura Ulama Pas memutuskan untuk tidak melantik kembali beliau sebagai Mursyidul Am.

Ini terbukti bahawa PAS tidak mahu lagi kepimpinan ulamak. Hanya PAS Kelantan sahaja yang melaung pemerintahan Islam tapi sebaliknya PAS pusat tidak mahu kapada pimpinan Islam. Mereka mahu menjalani pemerintahan seperti UMNO kerana pemimpin di peringkat pusat bukannya pentingkan Islam dan rakyat sebaliknya mementingkan perut mereka sendiri.

Kalau mereka (pimpinan PAS Pusat) lantik Tok Guru Nik Aziz lagi sebagai Mursyidul Am bermakna mereka tidak boleh berbuat sesuka hati mereka.
Kalaulah Tok Guru Nik Aziz tidak dilantik bermakna dalam saf kepimpinan PAS pusat sudah tidak ada lagi wakil dari Kelantan.

Pada hakikatnya PAS pusat tidak mahu kepimpinan Islam kerana dalam Islam banyak perkara yang dilarang tidak boleh buat itu dan ini.Mungkin pada pilihan raya akan datang para penyokong PAS Kelantan akan menolah PAS dan beralih kapada UMNO.Sekarang ini rakyat Kelantan faham dindakan kepimpinan PAS pusat.

Rata-rata ahli PAS yang ditemui hari ini menyatakan kalau Tok Guru Nik Aziz tidak dilantik semula PAS akan mengalami kekalahan pada pilihan raya akan datang kerana kami semua tidak akan undi PAS lagi.

“Ambo (saya) mujur benar la, (kalau tidak dilantik), kerja di sini (Kelantan) pun banyak, nak pergi Kuala Lumpur bukannya mudah,” katanya ditemui selepas solat Jummat di Masjid Kampung Semut Api, dekat sini semalam.

Nik Aziz berkata demikian ketika ditanya mengenai sebuah laporan sebuah portal berita yang menyatakan mesyuarat pertama bagi sesi baru Majlis Syura Ulama Pas akan memilih Mursyidul Amnya bagi mempengerusikan majlis itu.

Bagaimanapun, laporan pada hari berikutnya menimbulkan spekulasi apabila portal berkenaan menyatakan bahawa pemilihan mursyidul am tidak dibuat, sebaliknya majlis tersebut hanya melantik lima anggota tambahan. Ketika ini, Timbalan Musryidul Am disandang oleh, Datuk Dr Harun Din.

Nik Aziz berkata, faktor kesihatan juga diambil kira kerana jawatan Musyidul Am memerlukan banyak masa selain terpaksa ulang-alik dari Kelantan ke Kuala Lumpur.

Sebelum ini Nik Aziz dilihat pemimpin yang kerap tidak sependapat berhubung dengan pemimpin kanan parti itu termasuklah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, terutamanya dalam isu Kerajaan Perpaduan Pas-UMNO.

Kedudukan Nik Aziz kini dilihat masih belum jelas dan bergantung kepada sokongan 16 lagi anggota majlis tersebut.

Sebelum ini spekulasi mengenai jawatan Menteri Besar yang dipegang Nik Aziz juga timbul apabila Exconya mencadangankan agar beliau menamakan calon yang sesuai bagi mengambil alih kepimpinan negeri dimasa hadapan.

Namun, Nik Aziz mengesahkan bahawa, calon yang sesuai mengambil alih tampuk pemerintahannya dibuat mengikut hierarki tertinggi dalam kepimpinan parti peringkat negeri.

Advertisements
Posted in: Uncategorized