DATUK ISTANA DITAHAN POLIS

Posted on 26 Mac 2010



KOTA BHARU – Polis menahan seorang pegawai kanan istana yang bergelar Datuk di kediamannya, di Taman Sri Aman, Kubang Kerian di sini, semalam.

Sumber polis berkata, lelaki itu ditahan pada jam 9 malam dan disiasat di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan.

“Kita menahannya malam ini untuk mengambil keterangan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Lap:oran awal semalam, menyatakan Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra didakwa melucutkan jawatan anakandanya, Tengku Mahkota, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja berkuat kuasa serta-merta.

Titah itu didakwa disampaikan baginda kepada Tengku Abdul Aziz dan dibacakan Wan Hashim di Istana Mahkota di sini, semalam.

Bagaimanapun, susulan pengumuman itu yang dihebahkan di laman web media utama, Setiausaha Majlis Perajaan Negeri (MPN), Datuk Mohd Aiseri Alias berkata, Tengku Muhammad Faris Petra Tengku Ismail Petra kekal sebagai Pemangku Raja kerana pelantikannya mengikut dua pertiga daripada 17 anggota majlis MPN pada 29 Mei tahun lalu

Manakala Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismai Petra tenang dan mampu tersenyum walaupun dalam keadaan kemelut cubaan ‘merampas kuasa’ melibatkan kerabat diraja Sultan Kelantan apabila tiba dari Singapura di Lapangan Terbang Sultan Ismail, di sini. – Bernama

Advertisements
Tagged:
Posted in: Uncategorized