SEJAUH MANA TOK GURU KENAL ANUAR IBRAHIM

Posted on 25 Mac 2010



Sejauh mana Tok Guru Nik Aziz Nik Mat Menteri Besar Kelantan mengenali Anuar Ibrahim? Inilah persoalan yang terlintas di fikiran masyarakat Kelantan.Persoalan ini timbul di sebabkan Tok Guru melihat apa yang berlaku kapada penasihat Perti Keadilan Rakyat PKR (Anuar Ibrahim) itu adalah semata-mata fitnah yang dilakukan oleh para pemimpin parti yang dengki dan tamak kuasa kerana bimbang takut Anuar Ibrahim dinaikkan sebagai perdana menteri.Disebabkan perkara demikian mereka sanggup berbuat apa sahaja demi untuk kepentingan politik mereka.
Kalau kes pertama dulu bolehlah kita kata fitnah.Tapi ini kes yang kedua Anuar Ibrahim di dakwa atas kes yang sama iaitu kes liwat,Cuma orang yang mendakwanya sahaja berlainan.Tapi ada juga sesetengah pihak menyatakan Saiful telah ditaja oleh sesaorang tapi sejauh mana benarnya cerita tersebut tidak diketahui.
Dengan berlakunya kes kedua ini ianya menjadikan rakyat Kelantan serbasalah serta berada di dua persimpangan nak kata Anuar Ibrahim melakukannya Tok Guru pula nafikan.Katanya itu adalah satu fitnah.Nak kata Anuar Ibrahim tidak melakukan ini adalah satu dakwaan kali kedua atas kes yang sama.
Ditambah pula berlaku pendedahan terbuka di Dewan Rakyat oleh ahli PKR sendiri yang telah keluar parti kini menjadi wakil rakyat bebas.Nampaknya apa yang didedahkan oleh bekas wakil rakyat PKR itu betul dan boleh diterima oleh masyarakat.
Masalahnya sekarang Tok Guru Nik Aziz Nik Mat menyokong bulat-bulat apa yang dilakukan Anuar Ibrahim semuanya baik belaka saolah-olah Tok Guru kenal Anuar sejak dari kecil hinggalah sekarang.Macam mereka pernah tidur sebantal dan tinggal sebunbung.
Tok Guru,kalau Tok Guru kenal Anuar sejak dalam politik sahaja tak cukup dengan kenyataan Tok Guru selama ini menyatakan apa yang berlaku terhadap Anuar Ibrahim itu semuanya fitnah.Sedangkan rakyat Kelantan percaya pada Tok Guru.
Masyarakat Kelantan terutamanya penyokong PAS, menyokong apa sahaja yang diperkatakan oleh Tok Guru kerana bagi mereka Tok Guru adalah seorang yang alim dalam setiap perkara.Apa yang diperkatakan oleh Tok Guru semuanya benar pada mereka.Termasuklah kes yang berlaku kapada Anuar Ibrahim sama ada kes zaman Dr.Mahathir sehinggalah kes yang sedang dibicarakan sekarang ini.Bagi mereka semuanya fitnah kerana ikut apa yang diperkatakan oleh Tok Guru.
Pada hakikat sebenarnya tak ada seorang pun manusia di dunia ini dapat meneka dengan tepat baik buruknya Anuar Ibrahim kecuali Isteri beliau.Tapi kita perlu ingat mana-mana isteri sekali kalau dia rasa sayang pada suami dia kalau suami buat salah depan mata sekali pun si isteri tetap menyatakan suami mereka itu baik.
Sama juga para penyokong yang selama ini menyokong kita dan menghormati kita sebagai pemimpin tapi kalau sokongan pada sesaorang itu hilang apakah akan berlaku.Terjadilah sepertimana yang berlaku pada beberapa orang wakil rakyat PKR yang keluar parti kini jadi wakil rakyat bebas.Mereka kini telah mendedahkan apa sahaja kepincangan pucut pimpinan mereka yang terdahulu.

Posted in: Uncategorized