Manusia tidak bertemadun lagi

Posted on 17 Mac 2010



Manusia sekarang tidak bertamadun lagi.itulah kata darisetiap masyarakat di Negara kita, apa tidaknya kanak sering dilaporkan hilang.Buang bayi pula dilaporkan berlaku dimerata tempat tak kita dimana negeri sekali pun samaada negeri itu diperentah oleh PAS atau UMNO sama sahaja kelakuan masyarakatnya.
Dalam hal ini siapakah harus kita persalahkan sama ada pemimpin atau pun rakyat jelata atau masyarakat sekeliling yang tidak ambil peduli akan hal tersebut.Bagi saya perkara tersebut tidak boleh menuding jari kapada sesiapa.
Perkara tersebut berlaku disebabkan keadaan dunia telah berubah.Kini dunia telah kembali kapada kehidupan manusia di zaman batu yang mana pada ketika itu manusia sanggup membunuh sesame sendiri tanpa belas kasihan.Tapi di zaman itu zaman manusia memuja pokok-pokok yang dikatakan keramat kerana takut pokok tersebut dikatakan ada penunggu.
Sama sahaja kalau hendak dibandingkan dengan manusia zaman sekarang.Tapi manusia sekarang tidak memuja pokok tetapi mereka memuja nafsu syaitan dan wang ringgit.Akibat dari dua perkara tersebut manusia sanggup berbuat apa sahaja asalkan dapat wang serta dapat memuaskan nafsu.
Manusia sekarang semuanya kalau ditanya ada agama tapi mereka tidak mengikut apa yang diaturkan oleh agama.kalau mereka guna pun hanya satu peratus sahaja.sepatutnya mereka kembali kapada agama termasuklah cara pemerentahan.
Kalau di Malaysia ini agama rasminya adalah agama Islam sepatutnya Kerajaan memerentah mengikut undang-undang Islam.Kerana dalam Islam Allah telah aturkan cara memerentah Negara.Betapa lengkap dan teraturnya undang-undang yang diturunkan oleh tuhan kapada manusia tapi sayang.Manusia sendiri yang meninggalkannya.

Advertisements
Tagged:
Posted in: Uncategorized