ROYALTI MINYAK JANGAN BAWA KE MAHKAMAH

Posted on 11 Mac 2010



Kota Bharu:Kes royalty minyak tidak perlu dibawa ke Mahkamah kerana kalau kes tersebut dibawa ke Mahkamah sekali pun Kerajaan Negeri Kelantan tidak akan Berjaya di sebabkan mahkamah di Malaysia walau pun diiktiraf oleh dunia tetapi tidak dapat mengendalikan kes dengan baik kerana para hakim takut di buang kerja.
Demi menjaga periuk nasi mereka terpaksa melakukan apa yang diarah oleh kerajaan yang memerintah.Kita tidak boleh pertikaikan perkara tersebut kerana semua orang tahu para hakim yang bertugas di mahkamah di Malaysia ini bukannya terletak dibawah satu badan bebas sebaliknya dia terletak di bawah Menteri kehakiman.
Kalau para hakim diletakan di bawah bidag kuasa Duli yang maha mulia seri Paduka baginda yang di pertua Agong itu lain ceritanya.Ini tidak Agong hanya di beri kuasa perlantikan sahaja tapi yang berkuasa keatas para hakim adalah kerajaan yang memerintah.Kalau BN memerintah maka BN lah yang berkuasa kalau PAS memerintah pun saya fikir sama sahaja.
Rata-rata rakyat Kelantan yang di temui tidak bersetuju dengan Kerajaan Negeri yang ingin bawa kes tersebut ke mahkamah.Lebih baik berbincang dan ambillah banyak mana pun yang Kerajaan nak beri.Kalau 20 juta pun ambillah…
Pada hakikatnya sebab wang tersebut tidak di salurkan melalui Kerajaan Negeri kalau wang tersebut di masukkan kedalam akaun Kerajaan Negeri kes ini tidak akan berpanjangan.Tapi disebabkan wang tersebut disalurkan ke akaun JPP Kerajaan Kelantan melenting lah.Itulah hakikat sebenarnya.

Advertisements
Posted in: Uncategorized