MATI TERKENA LAWI AYAM SENDIRI

Posted on 8 Mac 2010



Seorang lelaki yang turun dari masjid selepas solat jumaat di katakan telah dibelasah hingga tak bermaya oleh empat lelaki yang sedang menunggunya berhampiran masjid Taman Uda jumaat lepas telah bertindak merebut lawi ayam kepunyaan salah seorang dari empat lelaki yang dikatakan terlepas dari tangan salah seorang dari empat lelaki itu lalu melibas secara rambang ditakdirkan terkena leher salah seorang dari empat lelaki itu.
Lelaki yang dikatakan terkena libasan lawi ayam mati serta merta ditempat kejadian.
Lelaki yang turun dari masjid itu bertindak demikian untuk menyelamatkan diri beliu dari dipukul bertubi-tubi oleh empat lelaki itu yang dikatakan tidak perpadanan dengan kesalahan yang dilakukan.
Penulis difahamkan lelaki yang turun dari masjid itu adalah seorang angota RELA yang telah menyaman salah seorang dari keluarga empat lelaki tersebut ketika bertugas bersama angota polis di salah satu sekatan jalan di Pengkalan Chepa.
Mungkin kerana dedam dengan tindakkan lelaki yang turun dari masjid itulah lalu empat lelaki bertindak sedemikian rupa sehingga terkoban seorang kawan mereka.
Dahl ah empat lelaki tersebut tidak sembahyang jumaat matinya pula akibat dari bersubahat memukul orang yang turun dari masjid kerana beribadat pada Allah.Hanya Allah sahaja yang membalasnya.

Advertisements
Tagged:
Posted in: Uncategorized